Johor Bahru, 26 September 2024 –
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor berjaya menyelesaikan audit Pertandingan Pembudayaan Integriti, Governans, dan Anti Rasuah (PIGA) yang dilaksanakan oleh Unit Integriti. Audit tersebut dijalankan dengan ketua pasukan, Tn Mohamad Bukhari Bin Che Man, bersama dua pegawai, PgKB II Abdul Malik Bin Zainuddin dan PKPgB Mohd Azuan Bin Abu Hassan.Audit ini disertai oleh PPjB Muhammad Al Mustakim Bin Abdul Hady yang mengetuai JBPM Johor, bersama barisan pegawai daripada Jawatankuasa Pemandu PIGA. Turut serta dalam audit tersebut ialah Ketua Balai dari beberapa daerah termasuk Labis, Endau, Batu Pahat, dan Kulai.Menariknya, sesi auditan ini dijalankan secara remote audit melalui talian, memanfaatkan teknologi digital untuk memastikan proses audit berjalan lancar. Dengan pelaksanaan audit ini, JBPM Negeri Johor terus menunjukkan komitmen dalam membudayakan integriti dan memerangi rasuah dalam operasi harian mereka, sekaligus mengekalkan tahap governans yang tinggi dalam perkhidmatan awam.
Audit PIGA bertujuan untuk memastikan amalan terbaik dalam integriti dan governans diterapkan di setiap peringkat pentadbiran, sekali gus memperkukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap JBPM. Dengan selesai sesi auditan ini, JBPM Johor berharap dapat meneruskan agenda anti-rasuah secara konsisten dan berkesan dalam memastikan perkhidmatan mereka terus telus dan berintegriti tinggi.


