8 September 2022 ( Khamis)
Pertandingan Pematuhan dan Pembudayaan Amalan Integriti dan Akauntabiliti telah dilaksanakan secara Online. Pertandingan ini diadakan sempena Sambutan Hari Integriti yang akan disambut pada bulan November. Pertandingan ini melibatkan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor dan Balai Bomba dan Penyelamat iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram dan Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri.
Objektif pertandingan adalah untuk memastikan pengurusan tatatertib di peringkat JBPM negeri dilaksanakan dengan telus dan berintegriti, Mempertingkatkan amalan dan pembudayaan integriti di kalangan pegawai dan Memperkasakan kesedaran dalam kalangan warga jabatan mengenai keperluan dan kepentingan membina nilai-nilai murni.



