7 FEBRUARI 2023 | SELASA
Ybhg. Tuan Haji Mohd Shakib bin Haji Ali, Pegawai Daerah Mersing merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing telah membuat lawatan ke Pusat Operasi Search N Rescue (SAR) kejadian kes orang hilang di Pulau Mawar.Terdahulu Tuan Pegawai Daerah Mersing telah menerima taklimat operasi dari ASP Azmi bin Latip – Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD Mersing, dan Encik Mohd. Alias Bin Hussin, Pegawai Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Endau.Operasi SAR ini telah bermula dari 3 Februari 2023 bersama pelbagai agensi terlibat iaitu PDRM, JBPM, APM, Pejabat Hutan, Malim Gunung, Polis Marin dan Unit K9 dari JBPM.Pejabat Daerah Mersing mengucap ribuan terima kasih kepada semua agensi-agensi yang terlibat dalam usaha pencarian ini. Semoga dipermudahkan dalam usaha murni ini.
Gambar dari Fb Pejabat Daerah Mersing