SOALAN LAZIM

FAQ UNTUK TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KALI KEDUA (TBK 2)

Kenaikan pangkat secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK 2) bermaksud kenaikan pangkat bagi Gred kenaikan pangkat bermula dari Gred KB22.

Pihak JPA telah memberi kelonggaran syarat pelaksanaan bagi TBK2 pegawai bomba di mana pelaksanaan TBK2 ini berdasarkan tiga (3) kategori, iaitu :
 
Kategori 1: pegawai telah memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun di gred KB22 (pegawai dinaikkan pangkat ke Gred KB22 pada tahun 2006 dan sebelumnya).
–  Pegawai akan mendapat kenaikan pangkat ke gred KB24(KUP) mulai 1.1.2018 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke gred KB26(TBK2) sehari selepas dinaikkan pangkat ke gred KB24 iaitu 2.1.2018 
 
Kategori 2: Pegawai berada di gred KB22 selama 12 tahun (pegawai yang dinaikkan pangkat ke gred KB22 pada tahun 2007)
Pegawai akan mendapat kenaikan pangkat ke gred KB24(KUP) mulai 1.1.2018 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke gred KB26(TBK2) selepas mengenapkan 13 tahun tempoh perkhidmatan daripada tarikh dinaikkan pangkat ke gred KB22
 
Kategori 3: Pegawai berada di gred KB22 selama 12 tahun (pegawai yang dinaikkan pangkat ke gred KB22 pada tahun 2008 hingga 2012)
–  Pegawai akan mendapat kenaikan pangkat ke KB24(KUP) mulai 1.1.2018 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke gred KB26 selepas genap 7 tahun di gred KB24

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia JBPM telah memberi taklimat pelaksanaan kepada semua negeri dan Akademi bagi mengenal pasti calon yang layak untuk proses kenaikan pangkat secara TBK2. Seterusnya iklan bagi TBK2 kategori 1 dan 2 akan dikeluarkan manakala bagi Kategori 3 akan dilaksanakan setelah calon bagi Kategori 1 dan 2 selesai.

Tarikh kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) bagi pegawai yang pernah menolak kenaikan pangkat secara TBK ditetapkan pada sehari selepas genap enam (6) bulan daripada tarikh kenaikan pangkat secara TBK yang asal ATAU pada tarikh pegawai membuat permohonan pertimbangan semula, mana yang terkemudian.
 
Tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai yang tidak diluluskan TBK kerana markah LNPT pegawai rendah adalah pada 1 Januari tahun pegawai mencapai prestasi yang ditetapkan ATAU enam (6) bulan selepas pegawai memenuhi tempoh perkhidmatan, mana yang terkemudian.
Tarikh kenaikan pangkat bagi pegawai yang tidak diluluskan TBK kerana markah penilaian kecemerlangan beliau kurang memuaskan adalah pada sehari selepas genap enam (6) bulan pegawai memenuhi tempoh berkhidmat 13 tahun.
Tarikh kenaikan pangkat bagi pegawai yang gagal dalam rayuan kerana markah penilaian kecemerlangan beliau kurang memuaskan adalah mulai sehari selepas genap enam (6) bulan pegawai memenuhi tempoh berkhidmat 13 tahun.
BAGI URUSAN NAIK PANGKAT

TBBK boleh didefinisikan sebagai Time-Based Berasaskan Kecemerlangan. TBBK diberikan untuk memberi peluang kenaikan pangkat kepada pegawai yang mencapai tahap kecemerlangan prestasi tanpa terikat dengan kekosongan jawatan hakiki.

Punca kuasa bagi pelaksanaan TBBK ini ialah dengan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 – Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana.

Tempoh perkhidmatan yang diperlukan untuk layak TBBK adalah genap 13 tahun perkhidmatan.

Tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi pengiraan tempoh perkhidmatan 13 tahun adalah bermula daripada tarikh kenaikan pangkat ke lapisan pertama gred kenaikan pangkat atau tarikh lantikan ke gred lantikan yang setara dengan lapisan pertama gred kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan semasa. 

Tempoh perkhidmatan yang diambil kira secara KHUSUSNYA ialah:
i. Tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum opsyen pertukaran pelantikan atas keputusan Kerajaan ke skim perkhidmatan yang sama atau skim perkhidmatan lain pada gred yang sama/ setara (dalam kumpulan kelayakan masuk yang sama);

ii. Tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum ditukar lantik atas permohonan pegawai ke skim perkhidmatan dan gred yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang berlainan;
iii. Tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan pertukaran sementara/ peminjaman sebelum ditukar tetap ke agensi peminjam di gred yang sama/ setara; dan iv. Tempoh perkhidmatan pegawai yang melepas atau meletak jawatan dan dilantik semula ke skim perkhidmatan yang sama dan gred yang setara dengan lapisan pertama gred kenaikan pangkat.

i. Tempoh percubaan dengan denda (bagi pegawai yang dilantik terus ke gred lantikan yang setara dengan gred kenaikan pangkat;
ii. Jumlah hari pegawai Tidak Hadir Bertugas (THB) tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah;
iii. Tempoh hilang kekananan di gred semasa akibat daripada dikenakan hukuman tatatertib di gred tersebut; dan
iv. Semua jenis cuti yang tidak dibayar gaji dan semua jenis cuti yang dibayar separuh gaji kecuali Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) dan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSP).

Kekananan boleh didefinisikan sebagai susunan kedudukan pegawai berdasarkan tarikh lantikan bagi pegawai di gred lantikan atau tarikh kenaikan pangkat terakhir bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang sama.

Pegawai boleh dianggap hilang kekananan berdasarkan faktor-faktor berikut:
i. Pelanjutan tempoh percubaan dengan denda;
ii. Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji kecuali cuti belajar yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan; dan/ atau
iii.Pegawai yang pernah dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang terdahulu.

Kenaikan pangkat boleh definisikan sebagai peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

Kesilapan fakta maklumat perkhidmatan bermaksud kesilapan maklumat mengenai perkhidmatan seseorang pegawai yang pada hakikatnya pegawai tidak atau masih belum memenuhi syarat yang sedang berkuat kuasa untuk dia layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat semasa Lembaga Kenaikan Pangkat mempertimbangkan kenaikan pangkat pegawai tersebut.

Pemangkuan boleh didefinisikan dengan pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

Pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib adalah tidak layak dipertimbangkan pemangkuan ke gred yang lebih tinggi dan tempoh tidak layak dipertimbangkan pemangkuan adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009, Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib seperti berikut:

 

BILJENIS HUKUMANTEMPOH TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN PEMANGKUAN
aAmaran12 bulan
bDenda18 bulan
cLucut Hak Emolumen24 bulan
dTangguh Pergerakan Gaji30 bulan
eTurun Gaji36 bulan
fTurun Pangkat48 bulan
gBuang Kerja

Resit alat pemadam (H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut :

  1. Pemilik Alat Pemadam Api (APA) hendaklah membawa APA yang ingin diperbaharui atau alat pemadam api yang baru ke syarikat penyelenggara alat pemadam api yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS. Senarai syarikat yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS boleh dirujuk di Portal eFEIS iaitu http://efeis.bomba.gov.my.
  2. Syarikat penyelenggara (kontraktor) alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat yang telah diisi oleh pemilik alat pemadam api ke pusat-pusat eFEIS yang berhampiran. Terdapat 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia.
  3. Pegawai di Pusat eFEIS akan meneliti permohonan dan memastikan alat pemadam api tersebut berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan barcode sticker. Segala data akan disimpan di dalam system eFEIS secara berkomputer dan tidak boleh dipinda.

Ya, Ada. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM melalui pameran, ceramah dan demontrasi peralatan kebombaan.

Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi dengan pergi sendiri ke tempat di bawah :-

  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Ibu Pejabat yang berlokasi di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Negeri-Negeri iaitu Ibu Pejabat Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Daerah-Daerah iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Daerah-Daerah Seluruh Malaysia.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Zon-Zon iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Zon-Zon (Buat masa ini cuma di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak).


ATAU bagi yang berada jauh bolehlah menulis surat permohonan kepada tempat yang dinyatakan di atas.

Surat Sokongan Perlesenan boleh didapatkan daripada Balai-Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia.

I. Pemohon menghantar surat permohonan (SLKK) kepada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM Negeri dengan disertakan wang resit dan laporan polis.
 
II. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan wang bayaran SLKK sebanyak RM100.00 ke Bahagian Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri. Pembayaran hendaklah sama ada dengan wang tunai (cash money) / pesanan wang (money order) / wang pos (postal order) / deraf bank (bank draf). Pembayaran melalui cek tidak akan  diterima
 
III. Proses pengeluaran SLKK akan mengambil masa 14 hari waktu berkerja.
 
IV. Pemohon boleh mengambil Salinan LAPORAN KEBAKARAN (SLKK) boleh didapati daripada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat di negeri-negeri selepas 14 hari permohonan.
Orang awam yang memerlukan bantuan pasukan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) boleh menghubungi talian seperti berikut :
 
I. Talian Kecemasan Negara – 999
 
II. Talian terus Pusat Gerakan Operasi Negeri/Balai Bomba (Lampiran A)
 
III. Talian hotline JBPM (1-800-888-994)
I. Mengemukakan surat permohonan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Peringkat Negeri;
 
II. Sekretariat (JBPM) Peringkat Negeri akan membuat semakan untuk kelulusan dan sokongan pendaftaran tersebut;
 
III. Setelah mendapat sokongan dan kelulusan, mereka perlu mengisi dan mengemukakan permohonan pendaftaran pertubuhan secara dalam talian;
 
IV. Permohonan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan akan menerima sijil kelulusan secara dalam talian.
I. Permohonan Pegawai Bomba Bantuan adalah berdasarkan iklan yang dikeluarkan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) peringkat Negeri;
 
II. Mengisi borang permohonan penyertaan yang boleh didapati melalui JBPM Negeri;
 
III. Borang permohonan yang diisi hendaklah dihantar sebelum tamat tempoh, tarikh tutup permohonan;
 
IV. Surat panggilan ujian fizikal dan temuduga akan dikeluarkan kepada calon-calon untuk hadir semasa sesi tersebut;
  • Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
  • Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
  • Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
  • Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
  • Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
  • SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.

1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) seluruh Malaysia ada menganjurkan kursus untuk agensi awam dan swasta dimana Latihan Kebombaan dan Penyelamatan adalah suatu program yang berterusan dan kemprehensif kepada pegawai bomba, masyarakat dan industri berasaskan kepada peraturan dan undang-undang dalam usaha untuk mencapai konsep Keselamatan Kebakaran yang menyeluruh.
 
2. Bagi permohonan kursus, agensi terbabit perlu mengemukakan surat permohonan menghadiri kursus yang berkaitan kepada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) yang berkenaan. Seterusnya, surat jawapan menghadiri kursus daripada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) akan dikemukakan kepada agensi yang memohon. Sebarang info berkaitan kursus boleh didapati di laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.bomba.gov.my. 

1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) seluruh Malaysia ada menganjurkan kursus untuk pekerja yang bekerja disektor perkilangan dan perindustrian. Kursus yang ditawarkan adalah seperti Kursus Keselamatan Kebakaran, Perakuan Bomba, Pepasangan Keselamatan Kebakaran di Bangunan (Sistem Aktif & Sistem Pasif), Penghapusan Bahaya Kebakaran, Akta Perkhidmatan Bomba 1988-AKTA 341 dan Emergency Response Team (ERT).

2. Bagi permohonan kursus, agensi terbabit perlu mengemukakan surat permohonan menghadiri kursus yang berkaitan kepada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) yang berkenaan. Seterusnya, surat jawapan menghadiri kursus daripada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) akan dikemukakan kepada agensi yang memohon. Sebarang info berkaitan kursus boleh didapati di laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.bomba.gov.my. 

English EN Malay MS
Skip to content