Khamis, 20 Jun 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Mengenai JBPM > Bahagian > Pengurusan

 

BAHAGIAN PENGURUSAN

 

Visi

 

Menyediakan perkhidmatan strategik demi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf antarabangsa.

 

Misi

Pengurusan perkhidmatan sokongan yang komited dalam menyumbang ke arah perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional dengan menggunakan sumber dan teknologi terkini secara berkesan.

 

Objektif

Sistem penyampaian perkhidmatan sokongan berprinsipkan kompetensi, integriti dan akauntabiliti dalam mentadbir aktiviti-aktiviti kewangan, pentadbiran, sumber manusia dan teknologi maklumat yang cekap dan berkesan.

 

Fungsi

 

1. Cawangan Sumber Manusia

 

Merancang, membangun, mengurus dan memantau :

  • Perancangan Strategik Sumber Manusia
  • Pengambilan
  • Penempatan dan Pertukaran
  • Urusan  perkhidmatan
  • Kenaikan Pangkat 
  •  Latihan
  • Pembangunan Kompetensi
  • Pengurusan Prestasi dan Tatatertib
  • Pelaksanaan HRMIS
  • Program Pengiktirafan & Penghargaan
  • Pengurusan Perkhidmatan Psikologi

 

2. Cawangan Kewangan

 

Merancang, mengurus dan memantau:

 

  • Anggaran Belanja Mengurus dan Bajet Tahunan Jabatan;
  • Agihan Peruntukan kepada semua 20 PTJ Jabatan;
  • Perbelanjaan Jabatan dan PTJ;
  • Keseluruhan perolehan JBPM sepanjang tahun, selaras dengan AP168 dan AP168(a).
  • Perolehan secara pembelian terus, sebut harga, tender, rundingan terus dan eBidding  melalui Sistem ePerolehan (eP);
  • Kontrak-kontrak perolehan;
  • Pembayaran baucer melalui Sistem eSPKB;
  • Perakaunan dan penyediaan penyata/laporan berkenaan untuk tujuan kawalan dan pengesahan perbelanjaan;
  • Pembayaran tuntutan, pendahuluan diri, pinjaman dan elaun-elaun;
  • Pelarasan emolumen, kutipan balik, pungutan hasil dan lain-lain bayaran; dan
  • Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB)

3. Cawangan Pentadbiran

 

Merancang, mengurus dan memantau:

  • Aset alih kerajaan;
  •  Stor dan Stok;
  • Bangunan dan peralatan pejabat;
  • Kenderaan SPANCO;
  • Bilik mesyuarat;
  •  Rekod, fail dan dokumen terperingkat;
  • Kad perakam waktu;
  • Perpustakaan jabatan;
  • Penganugerahan Pingat Kebesaran Bomba dan Kurniaan Darjah Kebesaran Bintang  dan Pingat Persekutuan/Wilayah Persekutuan dan Negeri; dan
  • Keselamatan bangunan dan pejabat.

4. Cawangan Teknologi Maklumat

 

Merancang, membangun, mengurus dan memantau :

 

  • Strategi-strategi dan dasar ICT jabatan;
  • Rangkaian Local Area Network (LAN) dan Wide Area Network (WAN) Jabatan;
  • Sistem aplikasi;
  • Laman web;
  • Emel;
  • Perolehan ICT;
  • Operasi harian dan keselamatan Pusat Data;
  • Keselamatan ICT;
  • Penyelenggaraan ICT;
  • Bantuan teknikal dan khidmat nasihat berkaitan ICT kepada pengguna; dan
  • Program latihan dan pembudayaan ICT secara berterusan

Piagam Pelanggan 

 

Komitmen kami adalah untuk memastikan :

 

Pengurusan perkhidmatan sokongan diuruskan secara efektif dan efisien ke arah penyampaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang melebihi ekpektasi pelanggan dan stakeholder. 

 

Dengan itu kami berjanji akan :

 

  • Memohon pengisian kepada pihak Berkuasa Melantik sebulan sebelum tarikh pengambilan yang  ditetapkan oleh  SPA;
  • Memohon pengisian kepada Ketua Perkhidmatan lain dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kekosongan
  • Memproses semua urusan perkhidmatan untuk kelulusan dalaman bagi setiap kakitangan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Menguruskan pemangkuan / kenaikan pangkat bagi jawatan tertutup dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan kekosongan jawatan
  • Memastikan pegawai menjalani latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun;
  • Mengemukakan laporan perkhidmatan kaunseling kepada Ketua Jabatan / Penyelia dalam masa 119 hari bekerja bagi pegawai berprestasi rendah dan bermasalah;
  • Menguruskan bayaran bil kepada pembekal dalam masa 10 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap; 
  •  Mengeluarkan Pesanan Tempatan (LO) dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;

Carta Organisasi

 

Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Bahagian Pengurusan.

Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Cawangan Sumber Manusia.
Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Cawangan Pengurusan Kewangan.
Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Cawangan Pentadbiran.
Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Cawangan Teknologi Maklumat. 

 

Alamat Surat Menyurat
 
Pengarah Pengurusan,
Bahagian Pengurusan,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia
Tingkat 1, Lebuh Wawasan, Presint 7, 
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Tel : 03 - 8888 0036
No. Faks : 03 - 8889 3173 / 8888 0025
 
Jumlah Capaian : 726892
 

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Khamis, 20 Jun 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.