Khamis, 20 Jun 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Mengenai JBPM > Bahagian > Keselamatan Kebakaran

 

BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN

 

 

Objektif

 

Untuk menetapkan dasar keselamatan kebakaran dan mempastikan perlaksanaannya mengikut undang-undang yang berkaitan melalui:

 

  • Menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 di bawah peruntukan perakuan bomba dan penghapusan bahaya kebakaran.
  • Mengemaskini peraturan-peraturan dan arahan-arahan Bahagian Keselamatan Kebakaran berhubung perakuan bomba, penghapusan bahaya kebakaran, perakuan bangunan dan perakuan perlesenan supaya menjadi lebih relevan dengan keperluan semasa.
  • Mempastikan keperluan perlindungan sistem pasif dan aktif di semua premis menepati kehendak-kehendak di dalam peruntukan undang-undang dan kod amalan semasa.
  • Menggubal keperluan peraturan dan piawaian dengan kerjasama agensi penyelidikan dalam negara berkaitan penggunaan bahan-bahan dan sistem pepasangan keselamatan kebakaran.
  • Menilai dan memastikan pepasangan keselamatan kebakaran menepati peraturan-peraturan dan piawaian semasa.
  • Membudayakan kesedaran keselamatan kebakaran kepada semua lapisan masyarakat melalui kempen yang relevan mengikut kumpulan sasar.

Fungsi

 

Fungsi Bahagian Keselamatan Kebakaran menerusi cawangan-cawangan yang ada di bawah Bahagian Keselamatan Kebakaran

 

1. Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran

 

  • Mengkaji aspek perundangan berkaitan dengan keperluan  Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK).
  • Menyediakan dasar, arahan dan panduan pelaksanaan  pengeluaran perakuan keselamatan kebakaran.
  • Mengkaji dasar dan keperluan pelaksanaan penggunaan  Performance Based atau Fire Safety Engineering Approach.
  • Menyediakan panduan pemeriksaan dan pengujian PKK.
  • Mengkaji penggunaan PKK yang terkini.
  • Mengkaji aspek teknologi keselamatan kebakaran yang  terkini dan berkesan.
  • Memantau pelaksanaan pengeluaran perakuan  keselamatan.


2. Cawangan Perakuan Pelesenan Bangunan

 

  • Menyediakan dasar, arahan dan panduan pelaksanaan pengeluaran perakuan pelesenan.
  • Mengkaji keperluan perundangan berkaitan dengan penggunaan bangunan atau premis yang selamat.
  • Memantau pelaksanaan pengeluaran perakuan pelesenan bangunan.


3. Cawangan Penghapusan Bahaya Kebakaran

 

  • Menyediakan dasar dan arahan berkaitan dengan pelaksanaan penghapusan bahaya kebakaran.
  • Menyediakan pelan strategik penghapusan bahaya kebakaran tahunan dan 5 tahun.
  • Mengkaji keperluan perundangan dalam melaksanakan penghapusan bahaya kebakaran.
  • Menyediakan panduan pemeriksaan ke atas premis atau bangunan.
  • Mengkaji keberkesanan penghapusan bahaya kebakaran dalam mengurangkan bilangan kebakaran.
  • Memantau pelaksanaan penghapusan bahaya kebakaran.


4. Cawangan Perakuan Bomba

 

  • Menyediakan dasar dan arahan berkaitan dengan pelaksanaan perakuan bomba.
  • Menyediakan pelan strategik perakuan bomba tahunan dan 5 tahun.
  • Mengkaji keperluan perundangan dalam melaksanakan perakuan bomba.
  • Menyediakan panduan pemeriksaan ke atas premis atau bangunan.
  • Mengkaji keberkesanan perakuan bomba dalam mengurangkan bilangan kebakaran.
  • Memantau pelaksanaan perakuan bomba.


5. Cawangan Pendaftaran Keselamatan Kebakaran

 

  • Memproses setiap permohonan pendaftaran.
    • Kontraktor Keselamatan Kebakaran.
    • Fire Inspection.
    • Kemudahan Keselamatan Kebakaran
    • Fire Safety Engineer.
    • Fire Safety Manager
    • Fire Safety Officer
  • Mengeluarkan senarai pendaftaran.
  • Mengkaji keperluan peralatan Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK).
  • Mengkaji keberkesanan peralatan untuk menguji dan memeriksa PKK.


6. Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran

 

  • Menyediakan dasar dan pelan strategik keselamatan negara tahunan dan 5 tahun.
  • Mengumpul dan menganalisis maklumat keperluan latihan.
  • Menentukan keperluan latihan jabatan kepada orang awam.
  • Merangka dan melaksanakan progran kesedaran awam.
  • Memantau pelaksanaan program kesedaran keselamatan awam.


7. Cawangan Piawaian Keselamatan Kebakaran

 

  • Mengkaji keperluan sesuatu kemudahan Pepasangan Keselamatan Kebakaran.
  • Mengemukakan kepada SIRIM keperluan penggubalan sesuatu piawaian.
  • Mengurus penggubalan dan penggunaan standard.
  • Membuat pemantauan penggunaan dan pematuhan standard di tapak pembinaan.
  • Mengkaji dan menilai keberkesanan sesuatu peralatan di makmal penyelidikan.

 

Piagam Pelanggan


Komitmen kami adalah untuk memastikan semua premis terhindar dari risiko kebakaran.

Dengan itu kami berjanji akan:

 

  • Mengeluarkan perakuan pelan teknikal dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan surat pelepasan/sokongan menduduki bangunan (CCC/CFO) dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pemeriksaan dengan syarat semua pepasangan keselamatan kebakaran telah diuji baik dan disempurnakan.
  • Memproses permohonan sokongan lesen perniagaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan Sijil Perakuan Bomba dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pembayaran fi dibuat.
  • Memproses permohonan Sijil Perakuan Bahan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

 

Carta Organisasi

 

Sila klik di sini untuk melihat carta organisasi.

 

 

Alamat Surat Menyurat

 

Bahagian Keselamatan Kebakaran,
Tingkat 1, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Lebuh Wawasan, Presint 7
62250 Putrajaya
No. Tel : 03 - 8888 0036

 

FACEBOOK: http://www.facebook.com/BahagianKeselamatanKebakaranJBPM

TWITTER: http://www.twitter.com/bkkjbpmhq

 
Jumlah Capaian : 726546
 

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Khamis, 20 Jun 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.