Sabtu, 25 Mei 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Mengenai JBPM > Bahagian > Penyiasatan Kebakaran

 

BAHAGIAN PENYIASATAN KEBAKARAN

 

Misi

 

Bahagian Penyiasatan Kebakaran komited untuk menjalankan penyiasatan kebakaran di sesuatu kejadian kebakaran secara profesional dengan menggunakan pendekatan saintifik dan sistematik di samping melaksanakan pendakwaan secara profesional.

 

Objektif

 

  • Melaksanakan penyiasatan kebakaran secara saintifik dan sistematik dalam mengenalpasti sebab, punca dan hal kebakaran serta mengemukakan syor-syor langkah pencegahan kebakaran dan penambahbaikan keberkesanan operasi pemadaman.
  • Melaksanakan pendakwaan kebombaan secara berkesan yang mampu memberi pengajaran dan kesedaran keselamatan kebakaran (deterrent).
  • Menggubal draf akta-akta yang berkaitan dengan kebombaan dan peraturan-peraturan di bawahnya. 

Piagam Pelanggan

 

Komitmen kami adalah untuk memastikan semua penyiasatan kebakaran dan penyediaan kertas siasatan perlanggaran kesalahan di bawah Akta 341 dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

 

Dengan itu kami berjanji akan:

 

  • Melengkapkan kertas penyiasatan kebakaran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas penyiasatan kebakaran dimulakan.
  • Menyiapkan kertas siasatan pelanggaran kesalahan berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh aduan diterima. 

Fungsi

 

1. Cawangan Penyiasatan Kebakaran

 

  • Menyediakan dasar dan arahan berkaitan dengan pengambilmilik premis dan harta benda di bawah seksyen 46, Akta 341.
  • Menyediakan panduan pengumpulan sampel dan data-data sebagai bahan-bahan bukti.
  • Menyediakan panduan soal-siasat saksi berdasarkan seksyen 42 dan 43, Akta 341.
  • Menyediakan dasar dan arahan penyiasatan kebakaran.
  • Mengkaji teknik-teknik sains forensik dalam penyiasatan kebakaran.
  • Mengkaji keperluan perundangan untuk melaksanakan penyiasatan kebakaran.
  • Menasihat pakar dalam melaksanakan penyiasatan kebakaran.
  • Menjalankan penyiasatan kebakaran bagi kes besar dan mempunyai kepentingan Negara.
  • Menjadi saksi pakar di mahkamah.
  • Menyediakan dasar penganalisaan sampel di makmal.
  • Menganalisa hasil-hasil siasatan untuk dijadikan dasar dan panduan bagi sesuatu industri dan JBPM.
  • Menyediakan panduan dan arahan penganalisaan sampel di makmal dan pengumpulan yang berkesan.

 

2. Cawangan Pendakwaan Kebombaan

 

  • Menyediakan dasar dan arahan pendakwaan yang berkesan.
  • Mengkaji keperluan perundangan dalam pendakwaan.
  • Menjalankan penyiasatan di bawah seksyen 38, 39, 41, 42 dan 43 Akta 341.
  • Menyediakan Kertas Siasatan.
  • Mendaftar kes ke mahkamah.
  • Menjalankan pendakwaan sepertimana diberi kuasa di bawah seksyen 44, Akta 341.
  • Menjalankan pengkompaunan kesalahan.
  • Penasihat kepada pendakwaan kes di bawah Akta 341.
  • Menguruskan perwakilan kuasa kepada pegawai bomba dan pemberian kuasa. 

 

3. Cawangan Perundangan Kebombaan

 

  • Menyediakan draf, menyemak dan memperbaharui undang-undang.
  • Membuat kajian keperluan undang-undang dan subsidiarinya.
  • Menyediakan draf Peraturan-Peraturan berkaitan fungsi dan objektif jabatan.
  • Mengkaji dan menyemak Arahan-Arahan JBPM.  

Carta Organisasi

 

Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Bahagian Penyiasatan Kebakaran.

 

Alamat Surat Menyurat

 

YS Penolong Ketua Pengarah,

Bahagian Penyiasatan Kebakaran,

Tingkat 3, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Lebuh Wawasan, Presint 7
62250 Putrajaya
No. Tel : 03 - 8888 0036

Emel : pro_forensik@bomba.gov.my

 
Jumlah Capaian : 566276
 

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Sabtu, 25 Mei 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.