Rabu, 22 Mei 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Soalan Lazim > Soalan Lazim

 
Jumlah Capaian : 514208
 

Bagaimanakah memperbaharui RESIT ALAT PEMADAM API?

 
Resit Alat Pemadam Api boleh diperbaharui di Balai-Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia.  Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadan Api adalah seperti di bawah :

  1. Pemilik Alat Pemadam Api hendaklah membawa  Alat Pemadam Api yang ingin diperbaharui ke syarikat penyelenggara alat pemadan api dan mengisi borang yang boleh diperolehi di syarikat tersebut yang mengesahkan alat pemadam api tersebut telah diselenggara dan dalam keadaan baik.
     
  2. Pemilik atau syarikat penyelenggara alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat pengesahan tadi ke Balai-Balai Bomba dan Penyelamat berhampiran.
     
  3. Balai-Balai Bomba dan Penyelamat yang dikunjungi akan meneliti permohonan tersebut dan akan memperbaharui Resit Alat Pemadam Api yang setiap satu berharga RM5.00 (bagi satu alat pemadam api).
     
Maklumat selanjutnya >>  

 

Adakah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM?

 

Ya, Ada. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM melalui pameran, ceramah dan demontrasi peralatan kebombaan.

 

Maklumat selanjutnya >>  

 

Dimanakah Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi ?

 
Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi dengan pergi sendiri ke  tempat di bawah :-

  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Ibu Pejabat yang berlokasi di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Negeri-Negeri iaitu Ibu Pejabat Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Daerah-Daerah iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Daerah-Daerah Seluruh Malaysia.
  • Bahagian Keselamatan Kebombaan Zon-Zon iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Zon-Zon (Buat masa ini cuma di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak).


ATAU bagi yang berada jauh bolehlah menulis surat permohonan kepada tempat yang dinyatakan di atas.

Maklumat selanjutnya >>  

 

Bagaimanakah mendapatkan SURAT SOKONGAN PERLESENAN?

 
Surat Sokongan Perlesenan boleh didapatkan daripada Balai-Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia.
Maklumat selanjutnya >>  

 

Bagaimanakah cara mendapatkan salinan LAPORAN KEBAKARAN?

 
Salinan Laporan Kebakaran boleh didapati daripada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat di Negeri-negeri, Daerah-Daerah dan Zon-Zon.
Maklumat selanjutnya >>  

 

Apakah nombor hotline Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia?

 
999 adalah HOTLINE bagi Seluruh Malaysia. Manakala SMS: 03-88880964 dan talian bebas tol: 1800 888 994
Maklumat selanjutnya >>  

 

Bagaimanakah hendak menjadi Teman Pili Bomba?

 
  • Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan  masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
  • Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
  • Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
  • Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
  • Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
  • SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.
Maklumat selanjutnya >>  

 

Bagaimanakah hendak menubuhkan Bomba Sukarela?

 
  1. Mengemukakan borang permohonan bagi Pendaftaran Pertubuhan kepada Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat peringkat negeri.
  2. Jabatan Bomba dan Penyelamat (sekretariat) peringkat negeri akan memproses borang permohonan.
  3. Setelah borang permohonan diproses, Jabatan akan mengemukakan borang permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri untuk mendapatkan kelulusan.
  4. Setelah mendapat kelulusan permohonan dari Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri kemudian akan dimaklumkan kepada pasukan yang berkaitan.
Maklumat selanjutnya >>  

 

Apakah kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk Agensi Awam dan Swasta dan bagaimanakah untuk memohon kursus yang ditawarkan?

 

1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada menganjurkan kursus untuk agensi awam dan swasta. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran di bangunan, bagaimana menggunakan alat pemadam api mudah alih yang sediada dibangunan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran. Kursus ini mengambil masa selama 5 hari bekerja dan dianjurkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu Selangor dengan kekerapan satu siri setiap bulan.

2. Kadar Fee latihan yang dikenakan kepada setiap peserta kursus adalah seperti berikut :

 

Bil Jenis Fee yang dikenakan
Agensi Awam Agensi Swasta
1.
Fee Latihan (Lima hari kursus)
 RM 200.00
(RM 40.00/hari)
 RM 450.00
(RM90.00/hari)
2.
Yuran Pendaftaran (sekali shj)
 RM 10.00  RM 10.00
3.
Bayaran Mess Penuntut
(diguna untuk aktiviti peserta)
 RM 5.00  RM 5.00
     JUMLAH
 RM 215.00  RM 465.00


3. Cara memohon kursus ialah dengan mengisi borang didalam laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia info.framkkb.edu.com.my dan dialamatkan kepada YS Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Maklumat selanjutnya >>  

 

Apakah jenis kursus yang ditawarkan untuk pekerja yang bekerja di sektor kilang dan perindustrian dan bagaimanakah untuk memohon kursus tersebut.

 

1.  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada menganjurkan kursus untuk pekerja yang bekerja disektor perkilangan dan perindustrian. Jenis kursus yang ditawarkan ialah Kursus keselamatan kebakaran kilang dan Industeri. Kursus ini ditawarkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu Selangor. Tempoh kursus ini adalah selama 5 hari bekerja.

2.  Kadar Fee latihan yang dikenakan kepada setiap peserta kursus adalah seperti berikut :

 

Bil
Jenis Fee yang dikenakan
Agensi Awam
Agensi Swasta
1.
Fee Latihan (Lima hari kursus) 
  RM 200.00
(RM 40.00/hari)
  RM 450.00
(RM90.00/hari)
2.
Yuran Pendaftaran (sekali shj) 
  RM 10.00   RM 10.00
3.
Bayaran Mess Penuntut
(diguna untuk aktiviti peserta) 
 RM 5.00  RM 5.00
       JUMLAH
 RM 215.00  RM 465.00


3. Cara memohon kursus ialah dengan mengisi borang didalam laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia info.framkkb.edu.com.my dan dialamatkan kepada YS Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Maklumat selanjutnya >>  

 
1 2 [Berikutnya]  Halaman 1 dari 2 

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Rabu, 22 Mei 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036/37/38/40     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.