UNIT AUDIT DALAM
Visi
Menjadikan aktiviti Unit Audit Dalam sebagai penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti Jabatan.
Misi
Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan seimbang kepada Ketua Pengarah ke arah meningkatkan akauntabiliti Jabatan.
Objektif
Membantu pihak pengurusan organisasi mencapai matlamatnya, menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin dengan cara:
- Membantu pihak pengurusan organisasi menentukan pengurusan kewangan dijalankan selaras dengan polisi, undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan;
- Menentukan wujudnya sistem kawalan dalaman organisasi terhadap pelaksanaan program dan aktiviti, pengurusan hasil, perbelanjaan dan aset Kerajaan;
- Menentukan program dan aktiviti organisasi diuruskan dengan cekap, ekonomi dan berkesan;
- Menyediakan laporan Audit yang bebas, adil dan bertepatan dengan masa terhadap operasi organisasi kepada Ketua Pengarah.
Fungsi
Fungsi-fungsi utama Unit Audit Dalam, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ialah :
- Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
- Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
- Melaporkan kepada Ketua Jabatan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
- Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
Piagam Pelanggan
- Mengemukakan Rancangan Tahunan Audit Dalam Jabatan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya 31 Januari tahun semasa.
- Menyediakan dan Mengemukakan Pemerhatian Audit kepada auditi dalam tempoh 20 hari bekerja selepas pengauditan selesai dijalankan.
- Mengemukakan Laporan Tahunan Audit Dalam yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya 31 Mac tahun berikutnya.
Carta Organisasi
Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Unit Audit Dalam.
Alamat Surat Menyurat
Unit Audit Dalam
Pejabat Ketua Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Lebuh Wawasan, Presint 7
62250 Putrajaya
emel: yusri.karim@bomba.gov.my
audit@bomba.gov.my