Sabtu, 25 Mei 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Mengenai JBPM > Bahagian > Unit Disiplin

 

UNIT DISIPLIN

 


Visi

 

Untuk menjadi satu unit yang berwibawa dan berintegriti bagi menyumbang ke arah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf antarabangsa

 

Misi

 

Unit Disiplin adalah komited untuk memperkasakan tahap disiplin pegawai-pegawai bomba melalui penguatkuasaan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 / P.U.(A) 395/1993 dan Peraturan Kod Tatakelakuan Pegawai Bomba 2003.

 

Objektif

 

Untuk menjalankan siasatan dan melaporkan sebarang perlanggaran disiplin dan kod tatakelakuan pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan cekap dan berkesan.

 

Fungsi

  • Bertanggungjawab untuk menyiasat dan membuat laporan mengenai aduan, laporan atau maklumat berkaitan perlanggaran tatatertib dan tatasusila pegawai dan kakitangan JBPM berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 / P.U.(A) 395/1993 dan Peraturan Kod Tatakelakuan Pegawai Bomba 2003.
  • Bertanggungjawab memastikan dan memantau pematuhan disiplin dan tatasusila oleh pegawai dan kakitangan JBPM.
  • Bertanggungjawab merancang  dan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan keseluruhan kemudahan infrastruktur, jentera dan peralatan dibalai-balai JBPM berkaitan kesejahteraan dan suasana kerja yang kondusif bagi menjamin pegawai bomba dapat memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang melebihi ekspektasi pelanggan.
  • Bertanggungjawab melaksanakan sesi dialog berkaitan pematuhan disiplin dan tatasusila pegawai dan kakitangan JBPM.
  • Bertanggungjawab untuk mengkaji dan menyediakan dasar dan panduan disiplin serta tatasusila pegawai bomba.

Piagam Pelanggan

 

Komitmen kami adalah untuk memastikan semua pegawai dan kakitangan jabatan mematuhi peraturan dan tatasusila pegawai bomba yang sedang berkuatkuasa serta melaksanakan proses pengurusan aduan disiplin dengan cekap dan berkesan. Dengan itu kami berjanji akan :

 

  • Memberi maklumbalas aduan disiplin pegawai dan kakitangan bomba dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima sekiranya mendapat alamat lengkap.
  • Menyediakan laporan lengkap siasatan aduan disiplin dalam tempoh empat belas (14) hari dengan syarat memperolehi keterangan semua saksi berkaitan dan bukti yang lengkap.
  • Menyediakan laporan pemeriksaan disiplin ke balai-balai bomba dan tempat-tempat operasi secara mengejut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemeriksaan dilaksanakan.

Carta Organisasi

 

Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Unit Disiplin.

 

Alamat Surat Menyurat

 

Ketua Unit Disiplin,
Pejabat Ketua Pengarah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Lebuh Wawasan, Precint 7,
62250 Putrajaya.


 

 
Jumlah Capaian : 563805
 

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Sabtu, 25 Mei 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.