8 Ogos 2012 (Rabu) – Majlis Pelancaran "Ops Raya" Tahun 2012 diadakan di IOI Mall Puchong telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pelbagai aktiviti diadakan sempena majlis tersebut antaranya pertandingan mewarna bagi kelab 3K, simulasi penyelamatan kemalangan jalan raya, penyampaian sijil penghargaan premis, penyerahan pamplet dan bahan kempen keselamatan kebakaran kepada pemilik premis serta majlis berbuka puasa bersama YB Menteri bersama anggota bomba.
Ops' Raya pada tahun 2012 akan bermula pada 10 Ogos hingga 26 Ogos 201 (17 hari). Sebanyak 264 buah balai bomba akan terlibat dalam Ops Raya dan 15 lokasi "standy ronda lebuhraya" ditempatkan untuk menghadiri sebarang kecemasan di sepanjang lebuhraya di Negara ini.
Turut hadir dimajlis tersebut ialah Datuk Arpah binti Abdul Razak, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YAS Dato' Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato' Hj. Amer bin Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), YS Dato' Soiman bin Jahid, Penolong Ketua Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, YS Dato' Rusmani bin Muhamad, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran dan pegawai-pegawai kanan JBPM.
|

Pertandingan Mewarna oleh Kelab 3K |

Simulasi Penyelamatan Kemalangan Jalan Raya |
|

Penyampaian Sijil Penghargaan Pemeriksaan Premis
|

Pelancaran "Ops Raya 2012" oleh YB Dato' Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan |