Rabu, 19 Jun 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Mengenai JBPM

Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) Tahun 2012

 

 

Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2012 telah diadakan pada 6 hingga 11 Julai 2012 di Kuching dan Samarahan, Sarawak. SUKBOM 2012 telah sertai seramai 1023 peserta dari seluruh negara termasuk peserta  jemputan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam, Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak serta Lembaga Pelabuhan Kuching. Semua kontinjen dari negeri-negeri telah berkampung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sebanyak 10 acara telah dipertandingkan di SUKBOM 2012 dengan menawarkan 100 pingat emas, 100 pingat perak dan 113 pingat gangsa.

 

Acara yang dipertandingkan dalam SUKBOM 2012 seperti berikut:
I. Olahraga
II. Badminton
III. Tenis
IV. Ping Pong
V. Bowling
VI. Renang
VII. Dart
VIII. Karom
IX. Golf
X. Tarik Tali

 

Jumlah kontinjen mengikut negeri:

 

 

Bil.

Kontinjen

Jumlah peserta

1

Perlis

20

2

Kedah

33

3

Pulau Pinang

62

4

Perak

60

5

Selangor

110

6

WP Kuala Lumpur

100

7

Ibu Pejabat Putrajaya

73

8

Negeri Sembilan

44

9

Melaka

20

10

Johor

46

11

Pahang

76

12

Terengganu

115

13

Kelantan

110

14

Sarawak

115

15

Sabah

108

16

WP Labuan

44

JEMPUTAN

17

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam

11

18

PDRM Kontinjen Sarawak

8

19

Lembaga Pelabuhan Kuching

10

JUMLAH

1165

 

          SUKBOM 2012 telah menyaksikan  rekod baru dicipta dalam 8 acara olahraga, 10 acara renang dan 5 acara bowling. Negeri Selangor telah menjadi juara keseluruhan Sukan Bomba Malaysia 2012 dengan kutipan 22 pingat emas, 17 pingat perak dan 16 gangsa sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dicapai pada Sukan Bomba Malaysia 2012. Kontijen Ibu Pejabat telah menduduki tempat kedua dengan kutipan 11 pingat emas, 9 perak dan 9 gangsa diikuti oleh tuan rumah JBPM Sarawak dengan 10 emas, 13 perak dan 15 gangsa. Sementara itu, Pegawai Bomba Jilin ak Itar; atlet renang dari Sarawak telah dinobatkan sebagai Olahragawan 2012 di atas kejayaan beliau memperolehi 5 pingat emas dan 1 pingat gangsa dan telah memecahkan 4 rekod kejohanan dalam acara renang. Anugerah Olahragawati pula telah dinobatkan kepada pegawai bomba Noraini binti Mohamad daripada kontijen JBPM Negeri Sembilan yang telah mencipta  3 rekod dalam acara bowling. Pemenang piala pusingan seperti berikut:

 

Acara

Pemenang

Olahraga

Sabah

Renang

Sarawak

Badminton

Pahang

Bowling

Pulau Pinang

Ping Pong

Perak

Tenis

Selangor

Golf

Terengganu

Tarik Tali

WP Kuala Lumpur

Karom

Selangor

Dart

Selangor

 

 

          JBPM Negeri Johor telah dipilih sebagai tuan rumah SUKBOM seterusnya dan bendera kejohanan telah diserahkan oleh YAS Ketua Pengarah kepada YS Pengarah JBPM Negeri Johor dalam Majlis Perasmian Penutup Sukan Bomba Malaysia Tahun 2012 yang diadakan pada 10 Julai 2012 di Dewan Majlis Agama Islam Sarawak di Jalan P.Ramlee, Kuching. Sarawak.

 

Antara acara yang dipertandingkan

 

Antara pemenang-pemenang

 

Anugerah Olahragawati telah dinobatkan kepada pegawai bomba

Noraini binti Mohamad daripadakontigen JBPM Negeri Sembilan

 

JBPM Negeri Selangor telah menjadi juara keseluruhan Sukan Bomba Malaysia 2012

 

 

 

 

Bookmark and Share
 
 
Jumlah Capaian : 61584

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Rabu, 19 Jun 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.