Ahad, 26 Mei 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Mengenai JBPM

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Bersama Dalam Jelajah Janji Ditepati Pada 8 Julai 2012 (Ahad) Di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi

 

Bangi 8 Julai 2012 – YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah disambut oleh YB Dato' Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Y.Bhg. Datuk Arpah Abdul Razak, Ketua Setiausaha, KPKT, YAS Dato' Wan Mohd Nor Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Y.Bhg. Datin Noriah Hashim, TKSU (Pengurusan) KPKT, pegawai-pegawai kanan KPKT dan JBPM ketika melawat ke gerai pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini hari ini.

 

YAS Dato' Wan Mohd Nor Hj. Ibrahim telah memberikan penerangan ringkas kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib ketika melawat ke gerai pameran JBPM. Seterusnya, majlis pada pagi itu, YAB Perdana Menteri telah menyampaikan skim bayaran ex-gratia kepada 4 orang waris dan balu anggota bomba yang telah meninggal dunia ketika bertugas. Majlis diakhiri dengan YB Dato' Seri Chor Chee Heung telah menyampaikan cenderamata berbentuk replika jentera kepada YAB Perdana Menteri.

 

Selain menerima lawatan dan kunjungan orang ramai, gerai JBPM turut mendapat perhatian tetamu istimewa daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Terdahulu, satu pertandingan mewarna telah diadakan di gerai JBPM dan hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Arpah Abdul Razak. 

 

YAB Perdana Menteri melawat gerai JBPM sempena Jelajah Janji Di Tepati

di Teras Jernang, Bangi

 

YAB Perdana Menteri menyampaikan bayaran Ex-gratia kepada

waris anggota bomba yang telah meninggal dunia

Y.Bhg. Datuk Arpah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan

mewarna sambil disaksikan oleh YAS Dato' Wan Mohd Nor

 

YAS Dato' Wan Mohd Nor tekun mendengar penerangan

daripada YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Di JPM

 

 

 

 

Bookmark and Share
 
 
Jumlah Capaian : 42479

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Ahad, 26 Mei 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.