Putrajaya - 28 Jun 2012, Majlis Perhimpunan Bulanan yang dihoskan oleh Bahagian Keselamatan Kebakaran telah diadakan pada pukul 8.30 pagi bertempat di Dewan Sutera, Ibu Pejabat JBPM.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAS Dato' Wan Mohd Nor bin Hj Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Turut hadir ialah YS TPjB Dato' Rusmani bin Muhamad, Penolong Ketua Pengarah Bahagian keselamatan Kebakaran, YS Penolong-Penolong Ketua Pengarah, pegawai-pegawai Kanan JBPM serta kakitangan gunasama.
Dalam majlis tersebut turut diadakan Penyampaian Sijil Penyertaan kepada setiap bahagian sempena Himpunan Jutaan Belia tahun 2012 dan penyampaian surat dan sijil perlantikan sebagai Mentor-Mentee bagi program permentoran JBPM Siri 1/2012.
Antara segmen lain yang diadakan sempena Majlis tersebut adalah dengan memperkenalkan Pegawai-pegawai baru yang bertugas di Ibu pejabat JBPM dan juga sambutan hari lahir kepada pegawai dan kakitangan bagi bulan Jun 2012.

YAS Dato' KP menyampaikan ucapan

Semua pegawai kanan dan kakitangan gunasama JBPM sedang
mendengar ucapan yang disampaikan oleh YAS Dato' KP

YAS Dato' KP menyampaikan Sijil Penyertaan sempena
Himpunan Jutaan Belia tahun 2012

Penyampaian Surat dan Sijil Perlantikan sebagi Mentor-Mentee
bagi program Permentoran JBPM Siri 1/2012

Antara Pegawai Kanan yang menyambut Hari kelahiran pada bulan Jun 2012