Selasa, 18 Jun 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Mengenai JBPM

Perjumpaan Khas YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Dengan Penjawat Awam KPKT Pada 16 Jun 2012 (Sabtu) Di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi

 

Putrajaya – Walaupun dalam keadaan suasana berjerebu, ia tidak menghalang perjumpaan khas  buat pertama kalinya antara Y.B. Dato' Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan menghimpunkan semua warga  jabatan dan agensi di bawah KPKT  seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Lanskap Negara, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perumahan Negara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Institut Latihan KPKT.

 

Turut hadir dalam perjumpaan khas tersebut ialah Y.Bhg. Datuk Arpah Abdul Razak, Ketua Setiausaha KPKT, Y.Bhg. Datin Noriah Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPKT,Y.Bhg. Tuan Yong Bun Fou, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKT, YAS Dato' Wan Mohd Nor Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah JBPM, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan serta warga kerja KPKT.

 

Perjumpaan khas telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Jun 2012 di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Acara senamrobik memulakan program pada pukul 8.00 pagi diikuti dengan penyampaian Amanat oleh YB Menteri. Program telah dipenuhi dengan aktiviti persembahan kebudayaan, sukaneka seperti pertandingan mengutip gula-gula untuk kanak-kanak bawah 7 tahun, terompah gergasi, menarik upih hos, pertandingan memakai baju operasi, acara bowling untuk VVIP dan cabutan bertuah.

 

Y.Bhg. Datuk KSU dan Y.Bhg. Datin TKSU (P) serta Ketua-ketua Jabatan telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan. Majlis pada pagi itu diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

 

(Sumber Bahagian Pengurusan Korporat)

 

Gimik Pelancaran

 

Warga KPKT yang hadir

 

Senamrobik

 

Pertandingan mengutip gula-gula untuk kanak-kanak bawah 7 tahun

 

Pertandingan Bowling VVIP

 

 

 

Bookmark and Share
 
 
Jumlah Capaian : 64533

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Selasa, 18 Jun 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.