Sabtu, 25 Mei 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Mengenai JBPM

Lawatan Menteri Pertahanan Dan Keselamatan Kebangsaan Maldives Ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

 

Putrajaya 7 Jun 2012 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari menerima kunjungan hormat seramai 5 orang pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan Maldives diketuai oleh Tuan Mohamed Nazim, Menteri Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan Maldives. Turut mengiringi beliau ialah Brig. Jen. Ahmed Mohamed; Timbalan Panglima Pertahanan, Brig Jen. Ahmed Shahid; Komandan Kawalan Pantai, Cik Aishath Shan Shakir; Timbalan Duta Maldives di Malaysia dan Left. Kol. Ibrahim Helmy; Ketua Pengarah Pertahanan Antarabangsa.

 

Rombongan berkenaan telah disambut oleh YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan diiringi oleh YAS Dato’ Mahadi bin Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan.

 

Tuan Mohamed Nazim kemudiannya melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan seramai 10 orang pegawai bomba di Lobi JBPM. Tuan Mohamed Nazim serta rombongan di bawa melawat ke ‘engine bay’ Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya bagi meninjau dengan lebih dekat peralatan dan jentera yang digunakan oleh JBPM.

 

Rombongan berkenaan kemudiannya diberikan taklimat berkaitan dengan tugas-tugas dan operasi-operasi yang dilaksanakan oleh JBPM di Bilik Gerakan. Sebaik selesai sesi taklimat rombongan berkenaan bersama-sama dengan para pegawai kanan JBPM kemudiannya mengadakan sesi bergambar.

 

Sesi kunjungan hormat pada pagi itu diakhiri dengan jamuan dan penyampaian cenderamata.  

 

Tuan Mohamed Nazim, Menteri Pertahanan Maldives sedang memeriksa kawalan kehormatan sambil diiringi oleh PPjB Sobberi Basiran, PKP Bahagian Pengurusan Korporat di Lobi JBPM.

 

Dato' Wan Mohd Noor Hj. Ibrahim (dua dari kanan) sedang memberi penerangan motorsikal Rapid Intervention Motorcycle (RIM) kepada Tuan Mohd Nazim (Kanan sekali), Menteri Pertahanan Maldives  beserta dengan rombongan yang mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya baru-baru ini.

 

 

(Sumber: Bahagian Pengurusan Korporat)

 

 

Bookmark and Share
 
 
Jumlah Capaian : 46118

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Sabtu, 25 Mei 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.