5 Jun 2012 (Selasa) bersamaan 15 Rejab 1433 H - Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sempena ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Yang Ke-84.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah D.Y.A.M Raja Di-Hilir, Dato’ Seri Ja’afar bin Raja Muda Musa, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, YB Dato’ Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Y.Bhg Datin Noriah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPKT, serta pegawai-pegawai kanan JBPM termasuk YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Haji Amer bin Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM dan pegawai-pegawai Kanan JBPM.
Dengan pembinaan sebuah balai bomba di Daerah Hilir Perak ini amat diperlukan, berdasarkan kepesatan pembangunan ekonomi dan pelbagai aktiviti. Justeru itu, pembinaan balai bomba sentiasa diutamakan demi memberikan perkhidmatan kebombaan yang lebih efisien kepada masyarakat setempat.
 Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan menerima Tabik Hormat |
DYTM Raja Muda Perak Memeriksa Kawalan Kehormatan
|
 DYTM Raja Muda Perak menyempurnakan gimik perasmian
|
 DYTM Raja Muda Perak menandatangani plak perasmian Balai Bomba Dan Penyelamat Hutan Melintang |
 Persembahan cenderamata oleh YB Menteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
|
 Y.Bhg Datin Noriah binti Hashim TKSU (P) KPKT mempersembahkan cenderamata kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan |
 DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan melawat pameran |
 DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan mencemar Duli bersama Kelab 3K |