Khamis, 23 Mei 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Mengenai JBPM

Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Dan Perhimpunan Bulanan Bulan Mei 2012

 

Putrajaya 28 Mei 2012 - Seramai 14 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Bomba dan gunasama telah menerima Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2012 di Dewan A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC.

 

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh YAS Dato' Wan Mohd Nor bin Hj.Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YAS Dato' Amer bin Hj Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), YS Dato' Soiman bin Jahid, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, YS Dato' Rusmani bin Mohamad, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM, YS Edwin Galan Teruki, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM.

 

Majlis anugerah ini diadakan sekali dengan Perhimpunan Bulanan JBPM bagi bulan Mei 2012. YAS Ketua Pengarah telah menganugerahkan Pingat Kebesaran Jabatan iaitu Pingat Jasa Bomba (PJB) kepada 2 orang pegawai, Pingat Setia Bomba (PSB) kepada 8 orang pegawai dan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) kepada 4 orang pegawai.

 

Antara Penerima Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan

 

 

YAS Dato' KP menyampaikan Pingat Setia Bomba (PSB) kepada isteri

Allahyarham PgKB II Mohd Asikin bin Makhtar sebagai wakil

 

YS Dato' Soiman bin Jahid menyampaikan Cenderahati kepada YAS Dato' KP

 

Antara Pegawai Kanan yang menyambut Hari Kelahiran

pada bulan Mei 2012

 

 

 

Bookmark and Share
 
 
Jumlah Capaian : 46247

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Khamis, 23 Mei 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.