Sabtu, 25 Mei 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Persatuan Kebajikan JBPM

 

Nama Persatuan

Nama Pertubuhan ini ialah PERSATUAN KEBAJIKAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA.

(Rujukan Undang-Undang Pertubuhan - Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – FASAL 1)

 

Tempat Urusan

Alamat surat menyurat dan tempat urusan  bagi Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah di:-

Ibu Pejabat

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Lebuh Wawasan, Presint 7

62250 PUTRAJAYA.

(u.p:. Setiausaha Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

 

(Rujukan Undang-Undang - Pertubuhan Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – FASAL 2)

 

Tujuan Dan Matlamat Pertubuhan

Tujuan Penubuhan Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ini adalah untuk memberikan bantuan wang kepada ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku kematian, sakit dan bencana alam diantara mereka.

(Rujukan Undang-Undang Pertubuhan - Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – FASAL 3)


KEAHLIAN

 Ahli-Ahli Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbuka kepada kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang bermaustautin di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas atau tidak lebih daripada umur 60 tahun.

Kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ingin menjadi menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama tanggungannya lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

(Rujukan Undang-Undang Pertubuhan - Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – FASAL 4)

 

SUMBER KEWANGAN

Yuran

Tiap-tiap ahli baru yang hendak mendaftar menjadi ahli hendaklah membayar wang pendaftaran sebanyak RM10.00 seorang dan yuran bulanan sebanyak RM1.00 setiap bulan melalui potongan biro angkasa. Sebanyak RM0.20 sen daripada yuran bulanan ahli hendaklah digunakan untuk perbelanjaan pentadbiran. Kira-kira tersebut hendaklah diasingkan daripada kewangan tabung.

Ahli-ahli yang tidak membayar yuran pendaftaran selamat 3 bulan berturut-turut atau 3 kali dalam setahun tanpa sebarang sebab yang munasabah akan dianggap telah berhenti menjadi ahli dan namanya akan dipotong dalam buku daftar ahli.

Ahli-ahli yang berhenti atau diberhentikan atau berpindah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat secara otomatik keahliannya akan diberhentikan dari persatuan ini. 

Sumbangan-sumbangan Kewangan:

Sumbangan – sumbangan kewangan daripada luar sama ada dari sumbangan perseorangan atau persatuan-persatuan boleh diterima oleh tabung ini untuk dijadikan wang tabung.

(Rujukan Undang-Undang Pertubuhan - Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – FASAL 5) 

 

FAEDAH

Membantu ahli jika berlaku kematian ke atas dirinya, isteri/suaminya, anak-anak angkat yang berdaftar;

Membantu ahli-ahli yang ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kecederaan sehingga berlaku kecacatan anggota tubuh badan;

Membantu ahli-ahli yang kerugian dan kehilangan harta benda akibat kecelakaan seperti kebakaran atau akibat bencana alam seperti banjir atau rebut taufan;

 

(Rujukan Undang-Undang Pertubuhan - Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – FASAL 6)

 

KAEDAH BANTUAN

Kematian :

Atas kematian ahli yang lebih daripada 3 tahun dan keatas keahliannya – RM2,000.00

Atas kematian ahli yang kurang daripada 3 tahun dan kebawah keahlianya – RM1,000.00

Atas kematian isteri/suami ahli – RM1,000.00

Atas kematian anak ahli yang berumur 21 tahun ke bawah – RM500.00

 Kecacatan Anggota Tubuh Badan :-

 Atas kecacatan anggota tubuh badan akibat kemalangan atau sakit sehingga hilang saraan.

Atas kecacatan anggota tubuh badan akibat kemalnagn tidak hilang saraan.

 Bencana Alam :-

 Atas kerugian dan kehilangan harta benda akibat kecelakaan seperti kebakaran atau akibat bencana alam seperti ribut taufan yang mengakibatkan kerugian RM5,000.00 dan keatas,

 

(Rujukan Undang-Undang Pertubuhan - Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - FASAL 7)


KAEDAH BANTUAN

Bantuan-bantuan kematian, sakit dan bencana alam akan dibayar. Cuma kematian ahli dan tanggungan ahli, kecacatan anggota tubuh badan ahli dan kerugian harta benda akibat kecelakaan seperti kebakaran atau akibat bencana alam seperti banjir atau ribut taufan yang menimpa ahli yang namanya ada di dalam daftar yang disimpan oleh Setiausaha dengan syarat ada surat mati yang sah dan lain-lain dokumen yang sah. Atas kematian tanggungan, bantuan akan dibayar kepada warisnya.

 

(Rujukan Undang-Undang Pertubuhan - Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – FASAL 8)

 

Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi Setiausaha, Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:-  PgB Norizan bin Saad –019 235554/03- 88880036 sambungan158

 
Dikemaskini pada 15 Apr 2012
Jumlah Capaian : 102431

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Sabtu, 25 Mei 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.