Capaian Kurang Upaya W3C
Portal rasmi JBPM turut menyediakan kemudahan untuk capaian Kurang Upaya W3C.
Pemilihan Warna Teks: Menukar warna teks portal ini memudahkan bacaan mereka yang mempunyai masalah penglihatan ataupun buta warna. Pilihan terdapat pada bahagian atas portal.
Pengubahan Saiz Teks: Mengubah saiz teks untuk menjadi lebih besar atau lebih kecil mengikut kesesuaian dan memudahkan bacaan pengguna. 'A' di sebelah kanan adalah untuk membesarkan saiz teks, 'A' di sebelah kiri adalah untuk mengecilkan saiz teks manakala 'A' di tengah-tengah adalah untuk kembali kepada saiz asal.
Pautan ke Pembaca Teks Luaran iaitu IE Page Reader: Pengguna perlu mendapatkan perisian tersebut dengan memuat turun IE Page Reader. Sebelum pengguna boleh menggunakan komponen ini, pengguna harus memuat turun MS Speech API. Jika pengguna menggunakan Windows 2000 ke atas, besar kemungkinan sistem pengguna sudah memiliki komponen ini. Pengguna juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine.
Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap di dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila ke Laman Text Reader ini.