Khamis, 23 Mei 2013 English | Lain-Lain Bahasa    W3C  Facebook Bomba Malaysia    RSS Bomba  5  4  Font Kecil  Font Pertengahan  Font Besar Font Merah  Font Biru  Font Hijau  Font Hitam  


 
 
 
 
 
 
 

Kadet Bomba

 

Tujuan Kadet Bomba dan Penyelamat, Malaysia ditubuhkan ialah

  1. Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan.
  2. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup.
  3. Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda and masyarakat.
  4. Mengeratkan kerjasama dan persafahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.
  5. Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.
  6. Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota Bomba dan Penyelamat sebagai kerjaya.

 

Keahlian

  1. Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.
  2. Keahlian bagi pelajar selain daripada sekolah seperti diatas adalah dibawah tanggungjawab dan tanggungan sendiri dan perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

 

Had Umur

 

Had umur adalah dari 12 tahun ke atas,

 

 

Fizikal

 

Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh ibu/bapa/penjaga mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang yang telah disediakan.

 

 

Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga

 

Kebenaran bertulis ibu bapa/ penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi ahli. Ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangai borang kebenaran ibu bapa / penjaga.

 

 

Kelucutan Keahlian

  1. Keahlian lucut serta merta apabila ahli kadet berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah yang dinyatakan berkuatkuasa pada tarikh surat berhenti sekolah dikeluarkan.
  2. Keahlian juga lucut  apabila kadet melanggar peraturan sekolah yang menjejaskan kredibility Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat jika didapati bersalah oleh lembaga disiplin sekolah.
  3. Surat lucut ahli akan dikeluarkan secara rasmi kepada pelajar dan ibu bapa oleh pihak sekolah (jika berkenaan).
  4. Sekiranya pelajar diterima semula bersekolah, pelajar boleh mengemukakan rayuan kepada guru penasihat pasukan kadet untuk menyertai semula pasukan di sekolah berkenaan dengan nombor pendaftaran baru.

 

 
Dikemaskini pada 16 Nov 2012
Jumlah Capaian : 101501

Dasar Privasi     |     Dasar Keselamatan     |     Penafian

Tarikh Akhir Kemaskini : Khamis, 23 Mei 2013

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRESINT 7, 62250 PUTRAJAYA.

No. Tel : 603-8888 0036/37/38/40     |     No. Faks : 603-8888 0025     |     E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2009 - 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas atau Mozila Firefox dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.