Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia Negeri Sarawak telah mengambil pendekatan dengan membuat kempen-kempen kesedaran berhubung dengan kebakaran rumah panjang di Sarawak yang akhir-akhir ini sering terjadi. Kempen kesedaran ini akan diperluaskan di seluruh negeri Sarawak setelah pelancarannya bermula pada 23 julai 2010 lalu di Bintulu. |
| Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Yeap Boon Soo, seorang bekas Pegawai Bomba yang telah bersara pada bulan Ogos 1990 setelah berkhidmat selama 36 tahun dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1125 malam, 22 Julai 2010 di Hospital Besar Pulau Pinang akibat sakit jantung. Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mendiang dan semoga roh mendiang dirahmati tuhan. |
Dukacita dimaklumkan bahawa PB Mohd Noor Abidin Bin Ismail, 50 tahun, dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka, Pahang yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di Hutan Lipur, Lubuk Yu, telah kembali ke Rahmatullah hari ini iaitu pada 27 Julai 2010, jam 3 pagi akibat penyakit Leptospirosis dan Melioidosis di Hospital Temerloh, Pahang. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Al-fatihah. |
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengadakan Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama dengan pihak Universiti Sains Malaysia (USM) pada ketetapan berikut: Tarikh
| :
| 10 Ogos 2010 (Selasa) | Masa
| :
| 3 Petang
| Tempat
| :
| Dewan Sutera, Ibu Pejabat, JBPM Putrajaya
|
Majlis akan disaksikan sendiri oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. |
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Negeri Sembilan yang telah diwakili oleh Kumpulan Progresif Dedikasi (PD), Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang telah menerima Anugerah Emas sempena Konvensyen ICC Wilayah Selatan Tahun 2010 Anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang telah diadakan pada 28 & 29 Jun 2010 bertempat di Hotel Renaissance, Melaka. |
Dukacita dimaklumkan bahawa PB Balachandran A/L Suppan, dari BBP Raub, Pahang telah meninggal dunia pada jam 03.22 petang, 23 Julai 2010 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), akibat serangan jantung. Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mendiang dan semoga keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini.
|