• Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Announcement

Bengkel Permohonan Kursus Secara Online Perlaksanaan Sub Modul Program Pembangunan Kompetensi - HRMIS

 

Read more text
 
Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa PB KB17 Ibrahim Bin Ahmad anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Muar telah meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar jam l/k 10.45 malam pada 21.08.2010 akibat penyakit kanser paru-paru.

Read more text
 
World Fire Fighters Games Daegu, Korea 2010

 Disertai oleh 60 buah negara dengan 10,000 anggota bomba di seluruh dunia yang berlangsung dari 21hb Ogos 2010 hingga 29hb Ogos 2010 di Daegu, Korea. JBPM  juga turut sama di dalam kejohanan dengan seramai 35 pegawai bomba menyertainya di dalam acara Badminton, Golf, Bina Badan dan Boling. Di dalam kejohanan ini JBPM Berjaya memperolehi pingat seperti berikut:- Jumlah Pungutan Pingat JBPM Di WFG 2010

Read more text
 
Salam Takziah

Suami kepada Faridah Bt Mamat (kerani kewangan, Bahagian Kejuruteraan) iaitu Ramlan Bin Abd. Rahman, 48 tahun telah meninggal dunia pada jam 8 malam tadi di rumahnya akibat kanser paru-paru. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan tanah perkuburan Islam bersebelahan dengan Masjid Salak Tinggi.


 
POSTER PERTANDINGAN FOTOJURNAL SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Landskap Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan pertandingan fotojurnal sempena Hari Habitat Sedunia 2010, yang bertemakan 'Better City, Better Life'.

Read more text
 
Hari Inovasi dan Konvensyen KIK Negeri Pahang

JBPM Pahang yang diwakili Kumpulan JROT dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jengka dengan tajuk projek "Kelewatan menjalankan tindakan operasi pemadaman longgokan tandan kelapa sawit" telah memenangi tempat ketiga dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pahang ke 26 telah diadakan pada 3 - 5 Ogos 2010 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Sebanyak 30 pasukan dari pelbagai jabatan telah menyertainya.


 

Staf Login



Arkib Galeri
StatistikPelan Perancangan
RSS BombaMY Integriti

Procurement

Your Vote

Are you are satisfied with this website?
 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1070
mod_vvisit_counterYesterday1405
mod_vvisit_counterThis Week2140
mod_vvisit_counterThis Month8340

Perpustakaan

      Laman Web OPAC (Intranet)

      Perpustakaan Anjung Ilmu

Download

   Download Form

 

MS ISO 9001:2008


JBPM telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 13hb November 2009 

 

Perpustakaan Anjung Ilmu PDF Print E-mail

 Pengenalan

     Perpustakaan Anjung Ilmu telah ditubuhkan pada tahun 1988 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Maharajalela. Pada tahun 2000, Perpustakaan Anjung Ilmu telah berpindah ke Ibu Pejabat JBPM Wilayah Persekutuan Putrajaya sehingga kini.

      Perpustakaan Anjung Ilmu mempunyai 2 orang kakitangan iaitu Penolong Pegawai Perpustakaan (S27) dan Pembantu Perpustakaan (S17).

 

 Dianggarkan terdapat hampir 8000 koleksi bahan seperti :-

  i) Buku / Akhbar

  ii) Laporan Tahunan / Majalah Berkala

  iii) Risalah / Peta / Fotograf

  iv) Rakaman Video / Audio / Bahan Multimedia

  v) Pekeliling

  vi) Malaysian Standard / British Standard / Australian Standard.

 

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah

    i) Peminjaman dan pemulangan.

    ii) Perkhidmatan fotokopi.

    iii) Perkhidmatan rujukan dan perujukan.

     

     Perpustakaan Anjung Ilmu menggunakan sistem pengurusan Pusat Sumber (S-LIB V5001). Ia merupakan sirkulasi sistem peminjaman dan pemulangan buku secara berkomputer. Sistem ini mula digunakan pada awal tahun 2009. Ia turut mempunyai Online Public Access Catalog (OPAC) untuk memudahkan pencarian bahan / buku.

 

      MISI

 

  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik, relevan dan mudah capai.

  • Memperolehi, mengumpul, menyimpan dan memelihara semua bahan-bahan Perpustakaan dan terbitan terutamanya terbitan-terbitan yang diterbitkan oleh Jabatan dan organisasinya.

  • Memproses, menyusun, mendokumentasi dan menyebarkan maklumat-maklumat yang terdapat di Perpustakaan kepada pengguna.

     

    VISI

    Menjadi pusat perujukan dan maklumat yang efisien yang berkaitan dengan kebombaan.

     

        PIAGAM PELANGGAN

 

  • Memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna adalah sempurna, berkesan dan menepati kehendak.

  • Memastikan urusan pinjaman bahan Perpustakaan diselesaikan dalam tempoh yang singkat bagi setiap pelanggan.

 

       WAKTU PERKHIDMATAN

       Isnin - Khamis  : 7.30 pagi - 5.30 petang

       Jumaat            : 7.30 pagi - 12.15 tengahari

                                2.45 petang - 5.30 petang

 

       PERATURAN PERPUSTAKAAN

  • Berpakaian sopan dan kemas dalam Perpustakaan.

  • Tidak dibenarkan merokok, makan dan minum serta tidur dalam Perpustakaan.

  • Tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.

  • Tidak dibenarkan membawa sebarang bahan keluar (buku, majalah, suratkhabar) yang tidak dipinjam melalui sistem kecuali mendapat kebenaran kakitangan Perpustakaan.

  • Tidak dibenarkan membuat pinjaman terhadap majalah keluaran terbaru sehingga tempoh tertentu.

  • Kakitangan Perpustakaan berhak menegur pengguna-pengguna Perpustakaan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

 

    KEAHLIAN

     

  • Semua pegawai dan kakitangan yang bertugas di JBPM seluruh Malaysia boleh menjadi ahli Perpustakaan dengan mengisi borang keahlian Perpustakaan Anjung Ilmu.

  • Pengguna-pengguna dari lain-lain Jabatan dan institusi hanya dibenarkan membuat rujukan di Perpustakaan.

 

       PEMINJAMAN

     

  • Semua pegawai dan kakitangan JBPM seluruh Malaysia yang menjadi ahli Perpustakaan Anjung Ilmu layak membuat pinjaman.

  • Pengguna diwajibkan membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku.

  • Hanya 7 buah buku boleh dipinjam dalam satu-satu masa selama 4 minggu.

  • Surat peringatan akan diberikan kepada pengguna yang lewat memulangkan buku.

  • Hanya 5 buah majalah boleh dipinjam dalam satu-satu masa selama 1 minggu.

  • Majalah-majalah baru tidak dibenarkan dipinjam sehingga satu tempoh tertentu.

  • Bahan-bahan rujukan seperti kamus, direktori, ensiklopedia dan lain-lain tidak boleh dipinjam.

  • Pengguna mestilah bertanggungjawab ke atas buku-buku Perpustakaan yang dipinjam. Jika buku tersebut hilang atau rosak maka pengguna hendaklah menggantikan buku tersebut.

 

     PEMULANGAN

     

  • Pemulangan buku hendaklah dibuat pada atau sebelum tarikh pemulangan yang tercatit dalam buku.

  • Pengguna yang lewat memulangkan buku akan diberikan surat peringatan.

  • Pengguna yang masih tidak memulangkan buku setelah mendapat surat peringatan.

    ketiga, namanya akan disenaraihitamkan dan tidak boleh membuat pinjaman selama satu tahun.

 

     PEMBAHARUAN

     

  • Pengguna boleh membuat pembaharuan sebelum atau pada tarikh pemulangan buku.

  • Untuk membuat pembaharuan, pengguna perlulah membawa kesemua buku yang hendak diperbaharui ke Perpustakaan.

 

 

Last Updated on Friday, 13 August 2010
 


Privacy Policy | Security Policy

Last Update: 30-Ogos-2010.


FIRE AND RESCUE DEPARTMENT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRECINT 7, 62250 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8888 0036/37/38/40 | Fax : 603-8888 0025

Copyright Reserved © 2009 Fire and Rescue Department Malaysia

DISCLAIMER: FRDM shall not be liable for any loss or damage cause by the usage of any information obtained from this Web Portal.

Best viewed on Internet Explorer 7.0 and above or Mozilla Firefox with resolution higher than 1024 x 768.