|
Pengenalan Perpustakaan Anjung Ilmu telah ditubuhkan pada tahun 1988 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Maharajalela. Pada tahun 2000, Perpustakaan Anjung Ilmu telah berpindah ke Ibu Pejabat JBPM Wilayah Persekutuan Putrajaya sehingga kini. Perpustakaan Anjung Ilmu mempunyai 2 orang kakitangan iaitu Penolong Pegawai Perpustakaan (S27) dan Pembantu Perpustakaan (S17). Dianggarkan terdapat hampir 8000 koleksi bahan seperti :- i) Buku / Akhbar ii) Laporan Tahunan / Majalah Berkala iii) Risalah / Peta / Fotograf iv) Rakaman Video / Audio / Bahan Multimedia v) Pekeliling vi) Malaysian Standard / British Standard / Australian Standard. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah i) Peminjaman dan pemulangan. ii) Perkhidmatan fotokopi. iii) Perkhidmatan rujukan dan perujukan.
Perpustakaan Anjung Ilmu menggunakan sistem pengurusan Pusat Sumber (S-LIB V5001). Ia merupakan sirkulasi sistem peminjaman dan pemulangan buku secara berkomputer. Sistem ini mula digunakan pada awal tahun 2009. Ia turut mempunyai Online Public Access Catalog (OPAC) untuk memudahkan pencarian bahan / buku. MISI Memberikan perkhidmatan yang terbaik, relevan dan mudah capai. Memperolehi, mengumpul, menyimpan dan memelihara semua bahan-bahan Perpustakaan dan terbitan terutamanya terbitan-terbitan yang diterbitkan oleh Jabatan dan organisasinya. Memproses, menyusun, mendokumentasi dan menyebarkan maklumat-maklumat yang terdapat di Perpustakaan kepada pengguna.
PIAGAM PELANGGAN Memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna adalah sempurna, berkesan dan menepati kehendak. Memastikan urusan pinjaman bahan Perpustakaan diselesaikan dalam tempoh yang singkat bagi setiap pelanggan.
WAKTU PERKHIDMATAN Isnin - Khamis : 7.30 pagi - 5.30 petang Jumaat : 7.30 pagi - 12.15 tengahari 2.45 petang - 5.30 petang PERATURAN PERPUSTAKAAN Berpakaian sopan dan kemas dalam Perpustakaan. Tidak dibenarkan merokok, makan dan minum serta tidur dalam Perpustakaan. Tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain. Tidak dibenarkan membawa sebarang bahan keluar (buku, majalah, suratkhabar) yang tidak dipinjam melalui sistem kecuali mendapat kebenaran kakitangan Perpustakaan. Tidak dibenarkan membuat pinjaman terhadap majalah keluaran terbaru sehingga tempoh tertentu. Kakitangan Perpustakaan berhak menegur pengguna-pengguna Perpustakaan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
KEAHLIAN Semua pegawai dan kakitangan yang bertugas di JBPM seluruh Malaysia boleh menjadi ahli Perpustakaan dengan mengisi borang keahlian Perpustakaan Anjung Ilmu. Pengguna-pengguna dari lain-lain Jabatan dan institusi hanya dibenarkan membuat rujukan di Perpustakaan.
PEMINJAMAN Semua pegawai dan kakitangan JBPM seluruh Malaysia yang menjadi ahli Perpustakaan Anjung Ilmu layak membuat pinjaman. Pengguna diwajibkan membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Hanya 7 buah buku boleh dipinjam dalam satu-satu masa selama 4 minggu. Surat peringatan akan diberikan kepada pengguna yang lewat memulangkan buku. Hanya 5 buah majalah boleh dipinjam dalam satu-satu masa selama 1 minggu. Majalah-majalah baru tidak dibenarkan dipinjam sehingga satu tempoh tertentu. Bahan-bahan rujukan seperti kamus, direktori, ensiklopedia dan lain-lain tidak boleh dipinjam. Pengguna mestilah bertanggungjawab ke atas buku-buku Perpustakaan yang dipinjam. Jika buku tersebut hilang atau rosak maka pengguna hendaklah menggantikan buku tersebut.
PEMULANGAN Pemulangan buku hendaklah dibuat pada atau sebelum tarikh pemulangan yang tercatit dalam buku. Pengguna yang lewat memulangkan buku akan diberikan surat peringatan. Pengguna yang masih tidak memulangkan buku setelah mendapat surat peringatan. ketiga, namanya akan disenaraihitamkan dan tidak boleh membuat pinjaman selama satu tahun.
PEMBAHARUAN Pengguna boleh membuat pembaharuan sebelum atau pada tarikh pemulangan buku. Untuk membuat pembaharuan, pengguna perlulah membawa kesemua buku yang hendak diperbaharui ke Perpustakaan.
|