|
Pada 29 Jun 2010, jam 8.30 pagi, Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Jun telah diadakan bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia, Putrajaya. Perhimpunan Bulanan kali ini telah dianjurkan oleh Bahagian Siasatan Kebakaran dan telah dihadiri oleh segenap lapisan Pegawai JBPM. Perhimpunan Bulanan kali ini juga, Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jawatan Pemangkuan Gred KB54 dan Gred KB52 telah diadakan serentak.
Pada Perhimpunan tersebut, YAS Dato’ Hamzah Bin Abu Bakar, Ketua Pengarah JBPM yang hadir bersama YAS Dato’ Mahadi Bin Md. Ali Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai yang berjaya dinaikkan pangkat iaitu 9 orang bagi kenaikan ke Gred KB54 dan 16 orang bagi Gred KB52. Beliau berpesan agar pegawai tersebut akan terus berusaha gigih dan mencurahkan bakti kepada jabatan dengan meningkatkan ilmu dan meningkatkan kepimpinan dalam kebolehan mengurus. Dalam masa yang sama, YAS Dato’ juga telah mengucapkan tahniah kepada Bahagian Siasatan Kebakaran kerana telah berjaya menyelesaikan isu perlembagaan berhubung kuasa persekutuan dalam perundangan mengenai “tugas menyelamat” dalam kecemasan yang tidak melibatkan kebakaran. Sebelum ini “tugas menyelamat” tidak dinyatakan dengan jelas dalam Butiran 26, Senarai 1, Senarai Persekutuan, jadual ke-9, Perlembagaan Persekutuan. Dengan selesainya isu ini, Jabatan Peguam Negara mentafsir ‘tugas menyelamat’ adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan peranan JBPM. Tidak lupa juga, YAS Dato’ turut mengucapkan syabas kepada 8 orang penerjun untuk Kejohanan Payung terjun Tertutup, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2010 yang diadakan di Melaka baru-baru ini. JBPM telah berjaya memenangi tempat ke-2 bagi kategori jemputan. Dalam Ucapannya, YAS Ketua Pengarah juga menekankan agar ilmu penyiasatan kebakaran agar dapat dikembangkan kepada semua pegawai kanan agar dapat menjalankan kerja-kerja penyiasatan di peringkat Zon dan Balai dengan lebih berkesan. Buat masa ini, JBPM telah mempunyai 2 buah memorandum persefahaman (MoU) dengan 2 buah Universiti iaitu Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kerjasama ini adalah berkaitan dengan bidang forensik penyiasatan kebakaran dan pada tahun ini, satu lagi Mou akan diadakan iaitu bersama Universiti Kebangsan Malaysia (UKM). Dalam masa yang sama YAS Dato’ turut mengumumkan mengenai perkhidmatan mySMS (15888) yang telah mula dipraktikkan dalam JBPM seperti dalam pekeliling Bilangan 3 Tahun 2008. Majlis Perhimpunan Bulanan telah berakhir pada jam 11 tengahari dengan diakhiri Sesi bergambar dan jamuan makan tengahari. SENARAI NAMA PENERIMA WATIKAH GRED KB54 - PKPjB Dato’ Abdul Wahab Bin Mat Yasin
- PKPjB Ahmad Bin Shahabudin
- PKPjB Azmi Bin Tamat
- PKPjB Khirudin Bin Drahman @ Husaini
- PKPjB Nordin Bin Pauzi
- PKPjB Nor Hisham Bin Mohammad
- PKPjB Yahaya Bin Madis
- PKPjB Yusof Bin Sidek
- PKPjB Zamri Bin Che Din
SENARAI NAMA PENERIMA WATIKAH GRED KB52
- PPjB Abdul Razak Bin Muda
- PPjB Abu Obaidat Bin Mohamad Saithalimat
- PPjB Awang Hidzel Bin Awang Bujang
- PPjB Azlimin Bin Mat Noor
- PPjB Azmi Bin Osman
- PPjB Hamdan Bin Ali
- PPjB Jamil Bin Saadun
- PPjB Md. Ali Bin Hj. Bahudin
- PPjB Md. Salleh Bin Sarbini
- PPjB Morni Bin Mamat
- PPjB Nazili Bin Mahmood
- PPjB Nik Zulkifli Bin Ibrahim
- PPjB Norazam Bin Khamis
- PPjB Pauzan Bin Ahmad
- PPjB Sayani Binti Saadun
- PPjB Zuraidah Binti Latip
|