• Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pengumuman

Bengkel Permohonan Kursus Secara Online Perlaksanaan Sub Modul Program Pembangunan Kompetensi - HRMIS

 

Read more text
 
Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa PB KB17 Ibrahim Bin Ahmad anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Muar telah meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar jam l/k 10.45 malam pada 21.08.2010 akibat penyakit kanser paru-paru.

Read more text
 
World Fire Fighters Games Daegu, Korea 2010

 Disertai oleh 60 buah negara dengan 10,000 anggota bomba di seluruh dunia yang berlangsung dari 21hb Ogos 2010 hingga 29hb Ogos 2010 di Daegu, Korea. JBPM  juga turut sama di dalam kejohanan dengan seramai 35 pegawai bomba menyertainya di dalam acara Badminton, Golf, Bina Badan dan Boling. Di dalam kejohanan ini JBPM Berjaya memperolehi pingat seperti berikut:- Jumlah Pungutan Pingat JBPM Di WFG 2010

Read more text
 
Salam Takziah

Suami kepada Faridah Bt Mamat (kerani kewangan, Bahagian Kejuruteraan) iaitu Ramlan Bin Abd. Rahman, 48 tahun telah meninggal dunia pada jam 8 malam tadi di rumahnya akibat kanser paru-paru. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan tanah perkuburan Islam bersebelahan dengan Masjid Salak Tinggi.


 
POSTER PERTANDINGAN FOTOJURNAL SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Landskap Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan pertandingan fotojurnal sempena Hari Habitat Sedunia 2010, yang bertemakan 'Better City, Better Life'.

Read more text
 
Hari Inovasi dan Konvensyen KIK Negeri Pahang

JBPM Pahang yang diwakili Kumpulan JROT dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jengka dengan tajuk projek "Kelewatan menjalankan tindakan operasi pemadaman longgokan tandan kelapa sawit" telah memenangi tempat ketiga dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pahang ke 26 telah diadakan pada 3 - 5 Ogos 2010 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Sebanyak 30 pasukan dari pelbagai jabatan telah menyertainya.


 
Salam Sejahtera

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita diberi kesabaran dan ketabahan menjalaninya. Amin.


 
Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang Pegawai Bomba KB 17 Azmi Bin Pon dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil telah kembali ke rahmatullah pada 29 Julai 2010 (khamis), jam 3.30 pagi kerana masalah jantung. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.


 

Staf Login



Arkib Galeri
StatistikPelan Perancangan
RSS BombaMY Integriti

Perolehan

Undian Anda

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?
 

Kaunter Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini954
mod_vvisit_counterSemalam1405
mod_vvisit_counterMinggu ini1908
mod_vvisit_counterBulan ini8224

Perpustakaan

      Laman Web OPAC (Intranet)

      Perpustakaan Anjung Ilmu

Muat Turun

   Muat Turun Borang

 

MS ISO 9001:2008


JBPM telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 13hb November 2009 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG TAHUN 2009, PENYAMPAIAN WATIKAH PEMANGKUAN PENGUASA BOMBA GRED KB 44 DAN PENYAMPAIAN PINGAT KEBESARAN BOMBA TAHUN 2009 PDF Cetak E-mail

Pada 25 Mei 2010, bertempat di Pan Pacific Hotel, KLIA, Sepang, telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) bagi tahun 2009, Penyampaian Watikah Pemangkuan Penguasa Bomba Gred KB 44 dan Penyampaian Pingat Kebesaran Bomba Tahun 2009.

Seramai 61 orang pegawai terdiri daripada pegawai bomba dan perkhidmatan gunasama telah terpilih untuk menerima Anugerah Khidmat Cemerlang, manakala watikah pemangkuan Penguasa Bomba Gred KB 44 pula seramai 53 orang dan bagi Anugerah Pingat Kebesaran Bomba pula, seramai 21 orang. Kesemua Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan sendiri oleh YAS Dato’ Hamzah Bin Abu Bakar Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Majlis turut di hadiri oleh YAS Dato’ Mahadi Bin Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Penolong-penolong Ketua Pengarah, pegawai-pegawai kanan Jabatan serta warga Bomba Ibu Pejabat.

Pada Majlis tersebut, YAS Dato' Hamzah Bin Abu Bakar telah menyeru kepada penerima AKC agar menjadikan pemilihan mereka sebagai pemangkin bagi meningkatkan lagi usaha dalam kerja masing-masing. Bagi penerima Watikah Perlantikan KB 44 pula, YAS Dato' mengingatkan agar terus melipatgandakan usaha untuk terus mencurahkan khidmat bakti kepada Jabatan. Bagi Penerima Pingat Kebesaran Bomba 2009, mendahului senarai penerima adalah Dato' Mohd. Hussain Bin Ahmad Takin iaitu Bekas Penolong Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dan Hj. Mohd. Din Bin Hj. Rajad, Bekas Pengarah Negeri JBPM Perak. Kedua-duanya telah pun bersara dan telah menerima Pingat Ketua Pengarah Bomba (PKP). Seterusnya Pingat Jasa Bomba (PJB) telah diterima oleh HJ. Md Yusof Bin Jalaludin dan En. Mawardi Bin Md. Ali manakala bagi Pingat Setia Bomba (PSB) didahului oleh Hj. Zanudin Bin Hj. Abd Aziz, iaitu Pengarah Pengurusan, Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya bersama dengan 9 orang pegawai lain dan akhir sekali Pingat Cemerlang Bomba (PCB) yang telah diterima oleh 7 orang pegawai terdiri daripada 5 orang Pegawai Bomba gred KB22 dan 2 orang Pegawai Bomba gred 17.

 

Senarai Penempatan Penguasa Bomba KB 44

Bil

Nama Pegawai

Tempat Bertugas

1

Wan Mohd Nazlis bin Wan Ismail

Cwg. Pengurusan Operasi dan Balai, JBPM Kedah

2

Jamri bin Masran

Cwg. Penyiasatan Kebakaran, JBPM Kedah

3

Khiruddin bin Saip

Latihan Negeri, JBPM Pulau Pinang

4

Rusmaini bin Ahya

Cwg. Penyiasatan Kebakaran, JBPM Pulau Pinang

5

Syed Azman bin Syed Ghazali

Latihan negeri, JBPM Perak

6

Ruhisha bin Haris

Cwg. Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan, JBPM Perak

7

Alexander P. Stephen Jitonis Lojinon

Latihan Negeri, JBPM WPKL

8

Abdul Hadi bin Abdullah

Cwg. Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan, JBPM WPKL

9

Sharikan bin Bustaman

Zon KLIA, JBPM Selangor

10

Anuar bin Harun

Cwg. Pengurusan Operasi dan Balai, JBPM Selangor

11

Maziah bte Ahmad

Zon Pandan Indah, JBPM Selangor

12

Azman bin Ibrahim

Zon Seremban, JBPM Negeri Sembilan

13

Hamdan bin Daud

Keselamatan dan Kebakaran, JBPM Negeri Sembilan

14

Ramli bin Saari

Penyiasatan kebakaran, JBPM Melaka

15

Jahari bin Bahari

Zon Muar, JBPM Johor

16

Abdul Khalib bin Ramli

Cwg. Penyiasatan Kebakaran, JBPM Johor

17

Noriza bte Harun

Latihan Negeri, JBPM Pahang

18

Hafisham bin Mohd Noor

Cwg. Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan, JBPM Pahang

19

Khairul Azuwan bin Ibrahim

Keselamatan Kebakaran, JBPM Terengganu

20

Ismail bin Idris

Bhg. Penyiasatan, JBPM Terengganu

21

Anuarrul Hakim bin Mohny

Operasi Negeri, JBPM Kelantan

22

Jemros bin Olin

Cwg. Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan, JBPM Sarawak

23

Abdul Mutalib bin Rashid

Zon Sibu, JBPM Sarawak

24

Misran Bisara

Cwg. Penyiasatan Kebakaran, JBPM Sarawak

25

Endi Sherimi bin Mohd Adzmi

Cwg. Pengurusan Operasi dan Balai, JBPM Sabah

26

Hamsa bin Isnurdini

Cwg. Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan, JBPM Sabah

27

Mohd Rizal bin Buang

Unit Disiplin, HQ Putrajaya

28

Arjunaidi bin Ismail

Unit Kualiti (Korporat) – Secara pentadbiran di Unit Udara

29

Muhammad Al Mustakim b. Abdul Hady

Unit Kebajikan (Sumber Manusia) – Secara pentadbiran di Unit Udara

30

Mohd Nor Yazid bin 'Rusli

Cwg. Pengurusan Akademi Bomba & Penyelamat, Bahagian Latihan, HQ

31

Mohd Ashikin bin Makhtar

Cwg. Penyelidikan dan Pembangunan Latihan, Bahagian Latihan, HQ

32

Mohamad Yunus bin Abu

Cwg. Akreditasi, Bahagian Latihan, HQ

33

Kassim bin Maidin

Cwg. Akreditasi, Bahagian Latihan, HQ

34

Ramzi bin Abd. Malek

Cwg. Perakuan Perlesenan Bangunan, Bahagian Keselamatan Kebakaran, HQ

35

Tiong Ling Hii

Cwg. Penghapusan bahaya Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, HQ

36

Ashari bin Johari

Cwg. Perakuan Bomba, Bahagian Keselamatan Kebakaran, HQ

37

Ngu Sheau Hing

Cwg. Pendakwaan Kebombaan, Bahagian Penyiasatan Kebakaran, HQ

38

Rozihan Anwar bin Mamat

Kajian Pepasangan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Penyelidikan, HQ

39

Mohd Khairul bin Jamil

Kajian Fire Behaviour, Bahagian Penyelidikan, HQ

40

Mohd Ishak bin Sibok

Kajian Operasi Penyelamatan, Bahagian Penyelidikan, HQ

41

Ramli bin Yusof

Pengajian Pengurusan Kebombaan, FRAM KKB

42

Mohamadul Ehsan bin Mohd Zain

Pengajian Keselamatan Kebakaran, FRAM KKB

43

Henderi bin Ardimansyah

Pengajian Penyiasatan Kebakaran, FRAM KKB

44

Lizalman bin Abu

Pengajian Pengurusan Kebombaan, FRAM Wakaf Tapai

45

Nor Mahathir bin Muhamad

Pengajian Keselamatan Kebakaran, FRAM Wakaf Tapai

46

Amran bin Jusoh

Pengajian Keselamatan Kebakaran, FRAM Wakaf Tapai

47

Rosmainor bin Yaakub

Pengajian Keselamatan Kebakaran, FRAM Wakaf Tapai

48

Aswafaizole bin Abd Wahab

Pengajian penyiasatan Kebakaran, FRAM Wakaf Tapai

49

Yusri bin Basri

Pengajian penyiasatan Kebakaran, FRAM Wakaf Tapai

50

Noor Hisham bin Kamal

Pengajian penyiasatan Kebakaran, FRAM Wakaf Tapai

51

Hasrin bin Hasbi

Cwg. Penyiasatan Kebakaran, JBPM Perak

52

Faizal Izani bin Azizan

Cwg. Pengurusan Operasi udaran Sel B

53

Muhammad Saiful Nizam b. Samsudin

Cwg. Pengurusan Operasi udaran Sel A

 

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 27 Mei 2010
 


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Tarikh Akhir Kemaskini: 30-Ogos-2010.


JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRECINT 7, 62250 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-8888 0036/37/38/40 | No Fax : 603-8888 0025

Hakcipta Terpelihara © 2009 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

PENAFIAN: JBP Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 dan ke atas atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768.