• Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pengumuman

Bengkel Permohonan Kursus Secara Online Perlaksanaan Sub Modul Program Pembangunan Kompetensi - HRMIS

 

Read more text
 
Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa PB KB17 Ibrahim Bin Ahmad anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Muar telah meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar jam l/k 10.45 malam pada 21.08.2010 akibat penyakit kanser paru-paru.

Read more text
 
World Fire Fighters Games Daegu, Korea 2010

 Disertai oleh 60 buah negara dengan 10,000 anggota bomba di seluruh dunia yang berlangsung dari 21hb Ogos 2010 hingga 29hb Ogos 2010 di Daegu, Korea. JBPM  juga turut sama di dalam kejohanan dengan seramai 35 pegawai bomba menyertainya di dalam acara Badminton, Golf, Bina Badan dan Boling. Di dalam kejohanan ini JBPM Berjaya memperolehi pingat seperti berikut:- Jumlah Pungutan Pingat JBPM Di WFG 2010

Read more text
 
Salam Takziah

Suami kepada Faridah Bt Mamat (kerani kewangan, Bahagian Kejuruteraan) iaitu Ramlan Bin Abd. Rahman, 48 tahun telah meninggal dunia pada jam 8 malam tadi di rumahnya akibat kanser paru-paru. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan tanah perkuburan Islam bersebelahan dengan Masjid Salak Tinggi.


 
POSTER PERTANDINGAN FOTOJURNAL SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Landskap Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan pertandingan fotojurnal sempena Hari Habitat Sedunia 2010, yang bertemakan 'Better City, Better Life'.

Read more text
 
Hari Inovasi dan Konvensyen KIK Negeri Pahang

JBPM Pahang yang diwakili Kumpulan JROT dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jengka dengan tajuk projek "Kelewatan menjalankan tindakan operasi pemadaman longgokan tandan kelapa sawit" telah memenangi tempat ketiga dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pahang ke 26 telah diadakan pada 3 - 5 Ogos 2010 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Sebanyak 30 pasukan dari pelbagai jabatan telah menyertainya.


 
Salam Sejahtera

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita diberi kesabaran dan ketabahan menjalaninya. Amin.


 
Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang Pegawai Bomba KB 17 Azmi Bin Pon dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil telah kembali ke rahmatullah pada 29 Julai 2010 (khamis), jam 3.30 pagi kerana masalah jantung. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.


 

Staf Login



Arkib Galeri
StatistikPelan Perancangan
RSS BombaMY Integriti

Perolehan

Undian Anda

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?
 

Kaunter Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini907
mod_vvisit_counterSemalam1405
mod_vvisit_counterMinggu ini1814
mod_vvisit_counterBulan ini8177

Perpustakaan

      Laman Web OPAC (Intranet)

      Perpustakaan Anjung Ilmu

Muat Turun

   Muat Turun Borang

 

MS ISO 9001:2008


JBPM telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 13hb November 2009 

 

LARIAN BERSAMA BOMBA KUALA LUMPUR 2010 KALI KEVIII PDF Cetak E-mail

Sempena dengan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut pada 4 Mei setiap tahun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menganjurkan Larian Bersama Bomba, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur iaitu pada 2 Mei 2010 jam 7.30 pagi.

Larian bersama Bomba kali ke 8 ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin,Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Hadir sama dalam Larian tersebut ialah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Dato’ Ahmad Bin Hj. Kabit dan Timbalan-timbalan KSU. Begitu juga dengan pegawai tertinggi JBPM termasuk YAS Ketua Pengarah JBPM, Dato’ Hamzah Bin Abu Bakar, YAS Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan iaitu Dato’ Mahadi Bin Md. Ali dan YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim serta Penolong-penolong Ketua Pengarah dan Pegawai-pegawai kanan.

Larian ini telah diilhamkan oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting pada tahun 2003 dan seterusnya direalisasikan oleh YAS Ketua Pengarah, Dato’ Hamzah Bin Abu Bakar. Penyertaan dibuka kepada semua warga BOMBA dan orang awam. Ia juga telah disertai oleh BOMBA luar Negara seperti Jepun, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia. Kategori-kategori yang dipertandingkan ialah Men Open, Women Open, Men Junior Veteran, Junior Firefighters, Senior Firefighters, Men Junior dan Women Junior serta kategori VIP. Jumlah penyertaan terus meningkat dari tahun ke setahun dan pada tahun ini seramai 6700 telah menyertainya.

 

Tahun

Jumlah Penyertaan

11 Mei 2003

3700

9 Mei 2004

3500

25 Mei 2005

5000

7 Mei 2006

5000

6 Mei 2007

5000

7 Mei 2008

5000

10 Mei 2009

6100

2 Mei 2010

6700

 

Sila klik untuk melihat Keputusan Lengkap 

Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 07 Mei 2010
 


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Tarikh Akhir Kemaskini: 30-Ogos-2010.


JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRECINT 7, 62250 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-8888 0036/37/38/40 | No Fax : 603-8888 0025

Hakcipta Terpelihara © 2009 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

PENAFIAN: JBP Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 dan ke atas atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768.