• Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pengumuman

Bengkel Permohonan Kursus Secara Online Perlaksanaan Sub Modul Program Pembangunan Kompetensi - HRMIS

 

Read more text
 
Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa PB KB17 Ibrahim Bin Ahmad anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Muar telah meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar jam l/k 10.45 malam pada 21.08.2010 akibat penyakit kanser paru-paru.

Read more text
 
World Fire Fighters Games Daegu, Korea 2010

 Disertai oleh 60 buah negara dengan 10,000 anggota bomba di seluruh dunia yang berlangsung dari 21hb Ogos 2010 hingga 29hb Ogos 2010 di Daegu, Korea. JBPM  juga turut sama di dalam kejohanan dengan seramai 35 pegawai bomba menyertainya di dalam acara Badminton, Golf, Bina Badan dan Boling. Di dalam kejohanan ini JBPM Berjaya memperolehi pingat seperti berikut:- Jumlah Pungutan Pingat JBPM Di WFG 2010

Read more text
 
Salam Takziah

Suami kepada Faridah Bt Mamat (kerani kewangan, Bahagian Kejuruteraan) iaitu Ramlan Bin Abd. Rahman, 48 tahun telah meninggal dunia pada jam 8 malam tadi di rumahnya akibat kanser paru-paru. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan tanah perkuburan Islam bersebelahan dengan Masjid Salak Tinggi.


 
POSTER PERTANDINGAN FOTOJURNAL SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Landskap Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan pertandingan fotojurnal sempena Hari Habitat Sedunia 2010, yang bertemakan 'Better City, Better Life'.

Read more text
 
Hari Inovasi dan Konvensyen KIK Negeri Pahang

JBPM Pahang yang diwakili Kumpulan JROT dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jengka dengan tajuk projek "Kelewatan menjalankan tindakan operasi pemadaman longgokan tandan kelapa sawit" telah memenangi tempat ketiga dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pahang ke 26 telah diadakan pada 3 - 5 Ogos 2010 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Sebanyak 30 pasukan dari pelbagai jabatan telah menyertainya.


 
Salam Sejahtera

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita diberi kesabaran dan ketabahan menjalaninya. Amin.


 
Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang Pegawai Bomba KB 17 Azmi Bin Pon dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil telah kembali ke rahmatullah pada 29 Julai 2010 (khamis), jam 3.30 pagi kerana masalah jantung. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.


 

Staf Login



Arkib Galeri
StatistikPelan Perancangan
RSS BombaMY Integriti

Perolehan

Undian Anda

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?
 

Kaunter Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini901
mod_vvisit_counterSemalam1405
mod_vvisit_counterMinggu ini1802
mod_vvisit_counterBulan ini8171

Perpustakaan

      Laman Web OPAC (Intranet)

      Perpustakaan Anjung Ilmu

Muat Turun

   Muat Turun Borang

 

MS ISO 9001:2008


JBPM telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 13hb November 2009 

 

Majlis Perasmian Balai Bomba & Penyelamat, Simpang Pulai, Perak PDF Cetak E-mail

Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Perak oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak telah diadakan pada 25 April 2010 bersamaan pada hari Ahad  jam 10.00 pagi.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah D.Y.A.M Raja Di-Hilir, Dato'Seri Ja'afar bin Raja Muda Musa, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir , YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Kong Cho Ha, Y.Bhg. Ketua Setiausaha, Dato’ Ahmad Bin Hj. Kabit  serta pegawai-pegawai JBPM termasuk Ketua Pengarah, YAS Dato’ Hamzah Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan iaitu YAS Dato’ Mahadi Bin Md. Ali dan YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim serta Penolong-penolong Ketua Pengarah dan Pegawai-pegawai kanan. 

Dalam Majlis tersebut, Paduka Seri Sultan telah menerima tabik hormat daripada 38 orang pegawai dan menyampaikan titah ucapan. Paduka Seri Sultan juga telah berkenan menyaksikan pertunjukan kebombaan iaitu insiden kemalangan diantara 2 buah kereta dimana mangsa yang diselamatkan dibawa dengan menggunakan Helikopter. Antara pasukan JBPM yang terlibat adalah RIM, RTA, EMRS dan juga Unit Udara.

Selepas persembahan cenderamata oleh YB Menteri, Paduka Seri Sultan telah dibawa ke tapak pameran dan seterusnya berangkat ke majlis santapan bersama-sama dengan semua tetamu yang hadir.

 

perasmian BBP simpang pulai  Perasmian BBP Simpang Pulai
 Majlis Perasmian BBP Simpang Pulai Majlis Perasmian BBP Simpang Pulai

Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 07 Mei 2010
 


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Tarikh Akhir Kemaskini: 30-Ogos-2010.


JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRECINT 7, 62250 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-8888 0036/37/38/40 | No Fax : 603-8888 0025

Hakcipta Terpelihara © 2009 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

PENAFIAN: JBP Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 dan ke atas atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768.