• Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pengumuman

Seminar Ketua-Ketua Balai
Seminar Ketua-Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Siri 2/2010 akan diadakan pada 19 hingga 21 September 2010, di FRAM Kuala Kubu Bahru.

 
World Fire Fighters Games Daegu, Korea 2010

 Disertai oleh 60 buah negara dengan 10,000 anggota bomba di seluruh dunia yang berlangsung dari 21hb Ogos 2010 hingga 29hb Ogos 2010 di Daegu, Korea. JBPM  juga turut sama di dalam kejohanan dengan seramai 35 pegawai bomba menyertainya di dalam acara Badminton, Golf, Bina Badan dan Boling. Di dalam kejohanan ini JBPM Berjaya memperolehi pingat seperti berikut:- Jumlah Pungutan Pingat JBPM Di WFG 2010

Read more text
 
POSTER PERTANDINGAN FOTOJURNAL SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Landskap Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan pertandingan fotojurnal sempena Hari Habitat Sedunia 2010, yang bertemakan 'Better City, Better Life'.

Read more text
 
Salam Sejahtera

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita diberi kesabaran dan ketabahan menjalaninya. Amin.


 

Staf Login



Arkib Galeri
StatistikPelan Perancangan
RSS BombaMY Integriti

Perolehan

Undian Anda

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?
 

Kaunter Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1764
mod_vvisit_counterSemalam1831
mod_vvisit_counterMinggu ini5591
mod_vvisit_counterBulan ini14406

Perpustakaan

      Laman Web OPAC (Intranet)

      Perpustakaan Anjung Ilmu

Muat Turun

   Muat Turun Borang

 

MS ISO 9001:2008


JBPM telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 13hb November 2009 

 

Kelab Smoke Jumpers, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia PDF Cetak E-mail

KEAHLIAN

  1.  Keahlian Kelab ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas dan terbahagi kepada 3 (tiga) kategori:-
    • Ahli Biasa yang terdiri daripada pegawai atau pesara yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia dan boleh mengundi dan diundi.
    • Ahli Kehormat iaitu individu-individu yang dipilih oleh jawatankuasa yang telah berjasa dan telah memberi sumbangan besar kepada kelab atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada Kelab dan tidak boleh mengundi dan tidak boleh diundi.
    • Ahli Seumur Hidup iaitu samada Ahli Biasa yang mengemukakan yuran penyertaan keahlian seumur hidup sebagaimana yang ditetapkan dalam klausa Perlembagaan ini.
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dengan mengemukakan boring permohonan menjadi ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Kelab untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Kelab dan berhaklah ia sebagai ahli. Bagi ahli seumur hidup, bayaran yuran keahlian seumur hidup perlu dibayar.

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
  1. Bayaran masuk dan yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

  2.   Bil.
    Jenis Ahli
    Yuran Pendaftaran
    Yuran Tahunan
      1.
    Ahli Biasa
    RM50.00
    RM50.00
      2.
    Ahli Kehormat
    Tiada
    Tiada
      3.
    Ahli Seumur Hidup
    RM550.00
    -

  3. Yuran pendaftaran hendaklah dibayar kepada Bendahari sewaktu mengemukakan permohonan menjadi ahli.
  4. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 30 (Tiga puluh) hari dari awal tiap-tiap tahun.
  5. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 (dua) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
  6. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi (3) tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  7. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  8. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.


PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Kelab hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membeli dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

 

Undang-undang Kelab

 

 

Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 13 Ogos 2010
 


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Tarikh Akhir Kemaskini: 08-September-2010.


JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRECINT 7, 62250 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-8888 0036/37/38/40 | No Fax : 603-8888 0025

Hakcipta Terpelihara © 2009 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

PENAFIAN: JBP Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 dan ke atas atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768.