Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Album AKTIVITI JUN Back to Top

Albums

KHIDMAT KHAS TERKUNCI DI DALAM BILIK AIR DI PRESINT 17 PUTRAJAYA

Tarikh : 01 Jun 2019 (Sabtu), 
Khidmat Khas : Terkunci Dalam Bilik Air
Alamat : Apartment PP1M Selasih, Presint 17 Putrajaya
Tindakan : Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya
Ketua Ops : PBK II Hamdan Bin Mohd Yusof

Laporan : Setibanya di lokasi kejadian, didapati pintu bilik air terkunci. Anggota bomba bertindak memecahkan tombol pintu tersebut dan terdapat seorang wanita dewasa. Mangsa berjaya diselamatkan oleh Anggota Bomba.
LAWATAN TADIKA PASTI LUQMAN AL-HAKIM

Pada 18 Jun 2019 (Selasa), Lawatan Tadika Pasti Luqman Al-Hakim ke Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya telah dihadiri seramai 136 orang murid dan 13 orang guru pengiring.
Diketuai oleh PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah dan dibantu oleh anggota Pasukan B.
20 Jun 2019 (Khamis), Lawatan sambil belajar dari Tabika Perpaduan Jalan Reko ke Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya. Lawatan tersebut telah dihadiri seramai 160 orang murid dan 14 orang guru pengiring. Diketuai oleh PBK II Khairel Azman Bin Not dan dibantu oleh anggota Pasukan C.
Jumaat - 21 Jun 2019, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah mengadakan Majlis Perpisahan Pegawai dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pegawai yang bertukar ialah Muhamad Nizam Bin Marlan, Rosdiyana Binti Sudarto, Hamidah Binti Edi dan Hamidah Saini. JBPM Putrajaya juga menerima dua orang pegawai baru iaitu PgB Fadhlul Wafi Bin Keya Nordin ( PP Bahagian Keselamatan Kebakaran ) dan PgB Mohd Amirul Bin Abdul Aziz ( PP Bahagian Penyiasatan Kebakaran ). Selain itu, JBPM Putrajaya juga mengambil kesempatan meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS YB MENTERI KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Isnin 24 Jun 2019, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya telah mengadakan Majlis Perhimpunan Khas YB Menteri KPKT Bersama Warga Kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Di dalam majlis ini kemeriahan dirasai oleh semua warga kerja JBPM dengan pelbagai juadah yg istimewa dengan kerjasama dari seluruh Bahagian JBPM dan JBPM Negeri Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Disamping itu kemeriahan lebih terasa apabila YB Menteri bersama Timbalan Menteri , YAS Dato KP JBPM dan tetamu kehormat melawat ke gerai-gerai yang dihias indah oleh semua Bahagian dan Negeri terlibat dan YB Menteri sempat bermesra dengan warga kerja JBPM serta tetamu undangan, majlis turut diserikan lagi dengan persembahan KOMBO JBPM bersama Artis-artis JBPM dan Artis Rakaman Syafiq Farhain disepanjang majlis ini berlangsung.
Tarikh : 25 Jun 2019
Tempat : Marina Putrajaya
Exit Meeting Naziran Pengurusan Gaji
Tarikh : 26 Jun 2019
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, JBPM Putrajaya
LATIHAN PASUKAN KESELAMATAN KEBAKARAN KEMENTERIAN KESIHATAN

Latihan Pasukan Keselamatan Kebakaran Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya pada 26 Jun 2019 seramai 50 orang kakitangan dari agensi tersebut terlibat dalam latihan ini.
26 Jun 2019 (Rabu), Lawatan sambil belajar dari Smart Reader Kids Alam Damai ke Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya.
Lawatan tersebut telah dihadiri seramai 50 orang murid dan guru pengiring. Diketuai oleh PBK II Khairel Azman Bin Not dan dibantu oleh anggota Pasukan C.
Mesyuarat Persediaan Lawatan Peserta Profesionalisme Diri Unggul (PDU) Bil. 7/2019 INTAN Putrajaya.
Tarikh : 26 Jun 2019
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Anggerik, JBPM Putrajaya
KURSUS PROFESIONALISMA DIRI UNGGUL (PDU) INTAN PUTRAJAYA

Aktiviti Rapeiling bersama peserta-peserta Kursus Profesionalisma Diri Unggul (PDU) INTAN Putrajaya yang dikendalikan oleh pegawai dan anggota JBPM Putrajaya yg diketuai oleh TPgB Mohd Yaacob bin Jusoh@Yusoff, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat.
PROGRAM KESELAMATAN KELUARGA DAN ANAK (PEKA)

Jemputan Program Bomba Komuniti Fasa 4B Presint 8 dalam Program Keselamatan Keluarga Dan Anak (PEKA). Ketua Balai BBP Putrajaya dan anggota Pasukan B bersama-sama menjayakan majlis tersebut.

Photos