Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Album AKTIVITI APRIL Back to Top

Albums

Bertarikh 1 April 2019 telah diadakan Latihan Mengendalikan Aerial Ladder Platform di JBPM Putrajaya.
PROJEK MENGECAT PILI BOMBA DI SEKITAR PUTRAJAYA

Projek mengecat Pili Bomba di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya diketuai Oleh PB Khalib Bin Ali, PB Huzaini Bin Di dan PB Mohd Faizal Bin Mohd Fauzi daripada Pasukan A,B dan C di bawah seliaan PBK Mohd Jamalie Bin Mohd Rohimi dan PB Hafiz Bin Aluwi dari Bahagian Operasi.
3 April 2019, Lawatan keTerowong Utiliti Gunasama ( CUT )  bersama YS Pengarah JBPM Putrajaya, Md Hilman Bin Abd Rashid dan pegawai-pegawai JBPM Putrajaya. Turut serta pegawai dari Perbadanan Putrajaya.
Jenis Insiden : Pokok Tumbang

Tarikh/Masa Panggilan : 7 April 2019
 Jam 18:09:15
Alamat : Blok E, jln P14/7, Presint 14, Putrajaya
Keanggotaan : BBP Putrajaya. Keanggotan 5 ORANG
1 LFRT 
Pegawai Operasi : PBK II Zamanee Bin Yunus@Hasbullah
Catatan : Didapati sebatang pokok tumbang dan menimpa dua kereta jenis Alza dan kelisa dan tidak melibatkan mangsa. Anggota memotong pokok yg tumbang sehingga sehingga selesai
LATIHAN KEBAKARAN DAN DEMO ALAT PEMADAM API DI SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TAHFIZ NADI AL BAGHDADI PRESINT 15

10 April 2019 (Rabu), Latihan Kebakaran meliputi Taklimat Kebakaran dan Demo Alat Pemadam Api di Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi Presint 15. 
Latihan Kebakaran diketuai oleh PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah, PB Harman Bin Adul dan dibantu oleh anggota Pasukan B yang bertugas.
KHIDMAT KHAS : LIF TERKANDAS

Tarikh : 11 April 2019 (Khamis) 
Khidmat Khas : Lif Terkandas
Alamat : Blok B 18R13 Presint 18, Putrajaya
Tindakan : Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya
Ketua Ops : PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah

Laporan : Sampai di lokasi didapati 1 orang mangsa wanita dewasa, 1 orang mangsa lelaki dewasa dan 2 orang kanak-kanak telah terkandas dalam lif di tingkat 9. Lif berjaya dibuka oleh anggota Bomba.
JADUAL TUGASAN HARIAN (JTH) - SELENGGARA PERALATAN TIDAK BERMOTOR

13 April 2019 (Sabtu), Jadual Tugasan Harian (JTH) - Selenggara Peralatan Tidak Bermotor diketuai oleh PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah dan PB Wan Mohd Zammani Bin Wan Mohd Ramli bersama anggota Pasukan B Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya.
PEMERIKSAAN PILI BOMBA DI SEKITAR PRESINT 8

13 April 2019 (Sabtu), Pemeriksaan Pili Bomba dilakukan di sekitar Presint 8. Tindakan yang diambil oleh Bomba demi menjaga kepentingan dan menghargai Pili Bomba untuk kebaikan masyarakat. Pemeriksaan dijalankan oleh Pasukan B iaitu PB Mohd Fahmee Bin Mohd Haniff, PB Afiq Bin Azmi dan PB Hadzrin Husaini Bin Zainal Abidin.
BENGKEL MENGAMBIL MILIK ALIH PREMIS

Tajuk : Bengkel Mengambil Milik Alih Premis Kepada Anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Putrajaya 
Tarikh : 16 - 18 April 2019 
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya 
Pengajar : PgB Rosdiyana Binti Sudarto 
Terima kasih kepada tenaga pengajar dan juga penghargaan kepada Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Putrajaya diatas modul dan fasiliti yang terbaik untuk warga bomba.
INDIVIDUAL PHYSICAL PROFICIENCY TEST ( IPPT ) SIRI 1/2019

Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya & Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Tarikh :16 hingga 18 April 2019
KEBAKARAN BELUKAR DI PRESINT 11 PUTRAJAYA

Tarikh : 18 April 2019

Jam : 3.20 hingga 5.31

Tempat : Presint 11/2, Putrajaya

Keanggotaan : BBP Putrajaya
PROJEK MENGECAT PILI BOMBA DI SEKITAR PUTRAJAYA

Projek memgecat Pili Bomba di sekitar Putrajaya mulai 3 April 2019 hingga 19 April 2019, di mana 300 unit pili bomba siap sepenuhnya. 
Projek diketuai Oleh PBK II Mohd Jamalie Bin Mohd Rohimi, PB Hafiz Bin Aluwi, PB Khalid, Mohd Huzaini Bin Sarih@asirin, dan Mohd Faizal Bin Mohd Fauzi.
KHIDMAT KHAS KEMANUSIAAN : MENANGKAP ULAR

Khidmat Khas Kemanusiaan : Menangkap Ular 
Komander Ops : PBK II Hamdan Bin Mohd Yusof
Bil.Anggota : PB9503, PB13946, PB16744, PB16738, PB18804 dan EMRS PB10285, PB13940
Alamat : Jalan P11H/8 No 13, Presint 11, Putrajaya
Pasukan : B

Laporan : Setibanya di lokasi kejadian, pengadu memaklumkan ular berada berhampiran pasu bunga. Dan ular berjaya di tangkap oleh anggota bertugas.
KUNJUNGAN MESRA DARI INSTITUT KANSER NEGARA

Rabu 24 April 2019, Kunjungan Mesra dari Ahli Jawatankuasa Bencana dan Keselamatan Kebakaran Institut Kanser Negara yang diketuai oleh Dr Abdul Ghani Bin Abdul Jalil, Timbalan Pengarah Perubatan I bersama pegawai-pegawainya ke JBPM Putrajaya. YS Pengarah dan pegawai-pegawai kanan Jabatan turut hadir di dalam kunjungan mesra dan tujuan kunjungan ini adalah untuk mengeratkan kerjasama antara dua pihak terutama dalam isu bencana dan kebakaran.
LATIHAN KEBAKARAN DI BANGUNAN PUTRAJAYA HOLDINGS

Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Bangunan PJH

Tarikh : 25 April 2019 (Khamis)

Masa : 10:00 Pagi

Tempat : Menara PJH, Presint 2

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan latihan tersebut.
LATIHAN KEBAKARAN TUMPAHAN MINYAK DIESEL

30 April 2018, satu Latihan Kebakaran Tumpahan Minyak Diesel telah diadakan di Stesen Janaeletrik Putrajaya.

Photos