Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
bg-new-2.png
green-blue-wallpaper-9.jpg
Blue-Background-Images.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Menteri KPKT melawat keluarga Allahyarham PB Mohd Sapee bin Julaihi

WARIS DARAH PENYELAMAT
 
Mohamad Firdaus 18, Mohamad Faiz 14, Mohamad Firas 11 dan Mohamad Faris 9 merupakan anak kepada Allahyarham PB Mohd Sapee bin Julaihi, anggota Bomba yang meninggal dunia selepas balik dari operasi menangkap ular di Taman Permai, Sibu Jumaat lepas.
Semasa masih hidup, Allahyarham yang merupakan bapa tunggal, sering berpesan kepada adik beradik ini untuk menjadi orang yang berguna pada agama dan bangsa satu hari kelak.
Ketika ditemui oleh PKPgB Muhammed Mirza Dzalmira bin Haji Miraj Pegawai Perhubungan Awam Bomba Sarawak, Mohamad Firdaus yang kelihatan masih sedih memberitahu, beliau akan mengambil alih menjaga adik-adiknya sekiranya Allahyarham bertugas pada waktu malam manakala sekiranya Allahyarham bertugas shif siang, adik adiknya akan dibawa ke balai bomba selepas tamat waktu persekolahan sementara menunggu Allahyarham tamat waktu kerja.
'Sesekali pakcik-pakcik bomba akan melayan adik-adik, menemani mereka makan di dapur balai dan ada kalanya pakcik-pakcik bomba akan memberi tuisyen matematik kepada adik-adik.'
Firas, apabila ditanyakan berkenaan nombor dalam kelas, dengan tersenyum menjawab, ' kamek nombor 5 dalam kelas' sambil menyambung, 'Dah besar kelak kamek nak jadi Bomba macam bapak, nolong orang'.
Si bongsu Faris pula dikatakan begitu rindu dengan Allahyarham sejak semalam. 
'Pakcik, bomba tok selalu selamatkan orang, kenak lepas selamatkan orang, bomba mati?' Allahuakbar....
Dalam pada itu, YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, kementerian yang bertanggungjawab kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkesempatan melawat keluarga ini di Kampung Sentosa, Salim. Terima kasih YB atas keperihatinan kepada anggota bomba.
Didoakan agar anak-anak ini menjadi anak yang soleh, berguna kepada masyarakat, agama dan negara pada satu hari kelak.
Gambar
* YB Menteri dan YS Pengarah bermesra dengan anak-anak Allahyarham
* Keluarga besar Allahyarham
* Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sarawak bersama anak-anak Allahyarham
NARASI BUCU MEJA
 



Kemaskini pada 2019-06-25 10:33:42 daripada Admin Sarawak

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK, JALAN SETIA RAJA, TABUAN JAYA, 93350 KUCHING, SARAWAK
No. Tel : 082 - 365 994  |  No. Faks : 082 - 369 646  | E-mel : korporat-swk.bomba@1govuc.gov.my

Hari IniHari Ini1827
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3699377