Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH- BOMBA KEDAH KENAL PASTI 12 KAWASAN BERISIKO LEMAS

BERITA HARIAN (ISNIN 27 MEI 2019)

 

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengenal pasti 12 pusat rekreasi yang berisiko berlaku kejadian lemas dan kepala air ketika cuaca tidak menentu ketika ini.

Ia membabitkan empat kawasan sungai iaitu Sungai Korok, Jitra; Sungai Sedim, Kulim; Sungai Pedu, Kuala Nerang dan kawasan peranginan Titi Hayun, Yan.

Selain itu, Taman Tasik di Kulim serta tiga lokasi air terjun iaitu Telaga Tujuh dan Air Terjun Temurun di Langkawi dan Air Terjun Bukit Hijau, Baling.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata empat lagi lokasi ialah di kawasan peranginan seperti tiga di Langkawi iaitu Pantai Cenang, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba serta Pulau Songsong di Yan.

Setakat ini, 11 kes lemas direkodkan membabitkan kematian antara Januari hingga bulan ini.

“Antara kes yang besar pernah berlaku membabitkan kematian tiga orang di Sungai Pedu, awal tahun ini dipercayai akibat kepala air.

“Kita nasihatkan apabila nampak cuaca mendung dari atas bukit atau gunung selain air keruh dan ranting banyak dalam air, pengunjung perlu segera meninggalkan kawasan itu kerana ia adalah antara petanda akan berlakunya kepala air,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di JBPM Suka Menanti di sini.

Mohamadul Ehsan juga menasihatkan pengunjung supaya mengawasi diri masing-masing supaya mandi di kawasan tidak berbahaya untuk mengelak tragedi ketika musim perayaan ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku ombak besar yang diramalkan dua hari sebelum sambutan Aidilfitri.

“Seramai 700 anggota tetap dan 185 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) akan dibekukan cuti bermula 29 Mei hingga 12 Jun ini untuk melakukan tugas dan rondaan pada musim perayaan ini termasuk di kawasan pusat peranginan.

“Hanya 10 peratus anggota dibenarkan bercuti untuk menyambut Aidilfitri.

“Selain terbabit Ops Raya, anggota akan juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi fenomena ombak besar,” katanya.

 




Kemaskini pada 2019-05-30 15:03:38 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page