Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH- SINGGAH SAHUR PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SANTUNI WARGA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA NERANG

SINGGAH SAHUR PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SANTUNI WARGA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA NERANG

_____________________________

TARIKH : 28 MEI 2019 / 23 RAMADAN 1440H (SELASA)

TEMPAT : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA NERANG

_____________________________

Tatkala yang lain lena diulit mimpi, pengurusan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sanggup bersengkang mata dan meluangkan masa memburu pengertian Ramadan dengan menganjurkan program Singgah Sahur.

Program Singgah Sahur bertempat di BBP Kuala Nerang, ini telah dihadiri oleh YAS Dato' Hj. Soiman bin Jahid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut hadir PPjB Syufa'at bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah, Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon, Ketua Balai dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan.

Pendekatan 'Singgah Sahur' memberikan impak yang lebih kerana dilakukan dalam suasana santai dan penuh semangat muhibah sekali gus dapat menghargai pengorbanan pegawai bomba di balai.

Program rutin tahunan ini menjadi satu usaha kebajikan pengurusan tertinggi JBPM selain dapat mengeratkan silaturahim sesama Islam, serta membina kefahaman, toleransi dan kerjasama masa depan.

Biarpun tempoh masa agak terhad, namun kemesraan dapat dirasai dan yang lebih penting adalah matlamat asal program ini untuk pengurusan tertinggi JBPM berjumpa, bersembang dan bertanya khabar kepada mereka yang selama ini menyumbang dalam membantu rakyat amnya.

Program Singgah Sahur juga mendidik pegawai bomba sendiri supaya tidak lesu dengan amal Islami yang diwariskan Nabi S.A.W kerana menyedari perjuangan tidak merelakan nadi berdenyut tanpa keringat.

Program sedemikian adalah sebahagian daripada inti pati pengisian Ramadan selain menyediakan peluang untuk turun padang dan menyelami suasana bersahur bersama pegawai bomba di balai.