Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH- MAJLIS JALINAN MESRA RAMADAN 1440H / 2019M

MAJLIS JALINAN MESRA RAMADAN 1440H / 2019M
_____________________

TARIKH : 27 MEI 2019 / 22 RAMADAN 1440H (ISNIN) 
TEMPAT : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT ALOR SETAR
______________________

Majlis Berbuka puasa yang diadakan merupakan pengisian program dalam Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan merupakan acara tahunan yang diadakan Oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.

Majlis bertempat di BBP Alor Setar, ini telah dihadiri oleh YAS Dato' Hj. Soiman bin Jahid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, YS PKPjB Sayani bin Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Kedah, YS PgKB I Ruhisha bin Haris, Pengarah JBPM Negeri Perlis, PPjB Hassan As'aari bin Omar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan.

Ketibaan tetamu seawal jam 6.00 Petang dimulakan dengan Kumpulan Qasidah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah kemudian di teruskan dengan menghayati Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Hassan Basri bin Haji Abdullah bertajuk Malam Lailatul Qadar dan penyerahan sumbangan kepada Pelajar Maahad Tahfiz An Nur Alor Setar.

Setelah majlis berbuka puasa, para jemputan turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis Jalinan Mesra Ramadan 1440H / 2019M ini.

Alhamdulillah, Majlis Jalinan Mesra Ramadan 1440H yang dirancang ini telah berjaya mendapat sambutan dan berakhir dengan keadaan yang cukup meriah.