Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH- WARGA KERJA BOMBA KEDAH IMARAHKAN MAJLIS WANITA BERTADARUS DAN KHATAM AL QURAN 2019 PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

WARGA KERJA BOMBA KEDAH IMARAHKAN MAJLIS WANITA BERTADARUS DAN KHATAM AL QURAN 2019 PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

____________________

TARIKH : 25 MEI 2019 / 20 RAMADAN 2019
TEMPAT : DEWAN SERI MENTALOON, KEDIAMAN MENTERI YAB MENTERI BESAR KEDAH ALOR SETAR
____________________

Majlis Wanita Bertadarus Dan Khatam Al - Quran Peringkat Jabatan Tahun 1440H/2019M yang berlangsung selama 1 hari bermula pada 20 Ramadan 1440H bersamaan 25 Mei 2019 bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Menteri YAB Menteri Besar Kedah, Alor Setar.

Majlis Wanita Bertadarus Dan Khatam Al - Quran Tahun 1440H/2019M yang mana pastinya mencorak seribu satu memori indah dan pengalaman berharga buat para peserta.

Majlis Wanita Bertadarus Dan Khatam Al - Quran Peringkat Jabatan Tahun 1440H/2019M ini merupakan program julung kalinya majlis ini diadakan di Dewan Seri Mentaloon dan tahun ini dianjurkan Majlis anjuran Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) ini telah disempurnakan perasmiannya oleh isteri Menteri Besar, Toh Puan Norzieta Zakaria.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Dr Salmee Said, Pengerusi Puspanita Negeri Kedah Datin Hariyanti Amit, ahli-ahli Puspanita, kepimpinan wanita Pakatan Harapan, Srikandi serta pertubuhan sukarela bukan kerajaan., Kerajaan Negeri Kedah dan beberapa Jabatan/Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Ini menggambarkan komitmen pihak Kerajaan dalam menerapkan budaya minat membaca terhadap al-Quran dan memahami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan larangan Yang Maha Esa dalam amalan kehidupan kita seharian.

Majlis Wanita Bertadarus dan Khatam Al Quran di Wisma Negeri dihadiri Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan; Puan Zetty Aziza Binti Ahmad, Pegawai Program Kesedaran Keselamatan Awam; PKPgB Norkartini Hakhim Jasmi dan beberapa orang pegawai wanita JBPM Negeri Kedah.

     

   

 




Kemaskini pada 2019-05-29 15:44:31 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page