Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH- PROGRAM MEMASAK DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADAN 1440H BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BUKIT KAYU HITAM

PROGRAM MEMASAK DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADAN 1440H BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BUKIT KAYU HITAM
_________________

TARIKH : 23 MEI 2019 / 18 RAMADAN 144H
TEMPAT : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BUKIT KAYU HITAM

_________________

Sebanyak 400 bekas bubur lambuk yang disediakan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam melalui program Ihya Ramadan: Agihan Bubur Lambuk bagi meneruskan tradisi memasak bubur lambuk secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai pada setiap kali tiba bulan ramadhan.

Tepat jam 5.30 petang, proses pengedaran bubur lambuk ini telah dimulakan dengan mendapat sambutan yang meriah. Sempena pelancaran agihan bubur lambuk, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam telah memulakan tiga lokasi jelajah iaitu ke Jabatan Kerajaan; Perkarangan hadapan Balai dan kawasan sekitar balai untuk diedarkan kepada orang ramai.

Program berkenaan mendapat kerjasama Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Puan Zalifah binti Mohamood @ Ibrahim
Pegawai Wakil dari Plaza Tol Alor Setar Selatan serta seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam.

Turut hadir Ketua Zon 1 Kd (Alor setar) Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I)Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin bersama-sama Ketua Balai Zon 1 Kd (Alor setar) dan Pegawai Kanan Jabatan.

Selepas Program itu majlis diteruskan dengan berbuka puasa serta solat berjemaah yang oleh Imam Shoberi Abd Razak dari Masjid Bukit Kayu Hitam.

_____________________

“Sesungguhnya memberi makan orang yang berbuka besar ganjarannya seperti hadith Rasulullah saw. “Barangsiapa memberi makan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun” (Hadith riwayat Tirmidzi).”