Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH- CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN PENGUNSIAN BANGUNAN BERSAMA PENJARA POKOK SENA

CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN PENGUNSIAN BANGUNAN BERSAMA PENJARA POKOK SENA

______________

TARIKH : 9 MEI 2019 / 4 RAMADAN 1440H

TEMPAT : PENJARA POKOK SENA

_____________

JBPM Negeri Kedah telah mengadakan mengadakan Ceramah Simulasi Kebakaran bersama kakitangan Penjara Pokok Sena. Program disertai bersama 30 anggota beruniform Penjara Pokok Sena.

Agenda program dimulai jam 10.00 pagi dengan ceramah daripada Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Norkartini Hakhim binti Jasmi, Pegawai Program Kesedaran Keselamatan Awam, Bahagian Keselamatan kebakaran JBPM Negeri Kedah mengenai aspek keselamatan kebakaran dalam bangunan dan keselamatan diri serta kaedah penyelamatan diri jika berlaku kecemasan.

Peserta mendedahkan penggunaan alat pemadam api dan cara memadam api mengikut skop keselamatan. Peserta Penjara Pokok Sena telah diberi perdedahan cara menyelamat mangsa dengan teknik mengangkat mangsa turun dari bangunan mengggunakan tangga.

Bagi pelaksanaan Simulasi Kebakaran(Fire Drill) penerangan telah di buat oleh PKPgB Norkartini Hakhim Jasmi dengan membentuk pasukan dikalangan anggota bagi simulasi kebakaran (floor warden dan pencatit). Masa yang diambil oleh penghuni dan kakitangan bertugas untuk keluar dari bangunan adalah 3 minit.

Tujuan utama ceramah seperti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada semua warga Penjara Pokok Sena dimana jika berlaku sebarang kebakaran, penghuni dapat keluar dengan cara yang tenang, cepat, dan teratur.

Selain daripada itu, penerangan mengenai punca-punca kebakaran, dan langkah-langkah mengelak kebakaran juga dijelaskan agar kakitangan dapat mencegah kebakaran daripada berlaku.

Ceramah kebakaran dan latihan alat pemadam api ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. ceramah kebakaran ini telah memberi manfaat kepada semua warga Penjara Pokok Sena. Api amat berbahaya kerana ia tidak mengenal usia, jantina, dan bangsa. Bak kata pepatah ‘kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan’.