Lawatan Penanda Aras EKSA JBPM Selangor
Pada 14 Mei 2019, Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah menerima lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor. Jabatan amat berbesar hati kerana menerima kunjungan dari Mantan Pengarah JBPM Negeri Sembilan yang mana merupakan Pengarah JBPM Selangor yang baharu iaitu Tuan Norazam Bin Khamis serta 50 orang pegawai yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Ketua Zon dan Ketua balai JBPM Selangor. Lawatan dimulakan dengan taklimat di Bilik Pelangi JBPM Negeri Sembilan dan diikuti dengan lawatan ke Bahagian Pengurusan, Bahagian Kejuruteraan dan Balai Bomba Dan Penyelamat Nilai, JBPM Negeri Sembilan.

Kemaskini pada 2019-05-15 08:45:43 daripada Admin Negeri Sembilan