Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Putrajaya - 11 Mac 2014 : Mesyuarat Koordinasi Inter Agency Bantuan dan Keselamatan Pesawat MH370

MESYUARAT KOORDINASI INTER AGENCY BANTUAN DAN KESELAMATAN KELUARGA KREW DAN PENUMPANG PESAWAT MH370

Bagi memastikan koordinasi inter agency bantuan dan keselamatan kepada ahli keluarga krew dan penumpang pesawat MH370, satu mesyuarat melibatkan agensi - agensi keselamatan iaitu JBPM Putrajaya, Polis, JPAM, Hospital dan Perbadanan Putrajaya telah diadakan pada 11 Mac 2014 jam 9.30 pagi bertempat di Hotel Everly Putrajaya.

JBPM Putrajaya telah diarahkan bagi memastikan sistem keselamatan kebakaran pada bangunan - bangunan yang terlibat berada didalam keadaan yang baik dan memberikan sebarang bantuan yang perlu disepanjang operasi melibatkan MH370 ini dijalankan. Mesyuarat telah dipengerusikan sendiri oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri (Dr) Aseh bin Hj. Che Mat, Pengerusi Perbadanan Putrajaya. JBPM Putrajaya telah dihadiri sendiri oleh YS Pengarah JBPM Putrajaya 'PgKBI Md Hilman bin Abd Rashid'.

Untuk rekod seramai 12 ahli keluarga krew pesawat MH370 telah ditempatkan di Hotel IOI Putrajaya, 110 ahli keluarga penumpang di Everly Hotel manakala selebihnya melibatkan ahli keluarga penumpang warga China telah ditempatkan di Hotel Pullman, Putrajaya.



Kemaskini pada 2014-12-10 14:15:14 daripada Admin Putrajaya

  •  
  • Print
  • Email this page