Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-KUNJUNGAN MESRA DELIGASI JBPM KE JKN

KUNJUNGAN MESRA DELEGASI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH KE PEJABAT PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH
________________________

TARIKH : 24 APRIL 2019 / 18 SYAABAN 1440H (RABU)
TEMPAT : PEJABAT PENGARAH, JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH
________________________

Ke arah menjalinkan kerjasama erat dan memperkukuhkan lagi hubungan antara jabatan di dalam Negeri Kedah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah hari ini telah membuat satu kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN). Kunjungan tersebut disambut mesra oleh YBhg. Dato' Dr. Norhizan bin Ismail, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan warga JKN.

Delegasi ini diketuai oleh YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah (JBPM).

Turut hadir ialah Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufa'at bin Kamaron, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Penolong Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan JBPM kedah.

YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB), Sayani binti Haji Saidon melahirkan rasa bangga atas kunjungan ini kerana dapat saling bertukar idea dan berharap dapat bekerjasama dalam program-program antara kedua belah pihak yang bakal diadakan kelak. Kunjungan seperti ini baik untuk kita lakukan secara berkala. “JBPM NEGERI KEDAH dan JKN mempunyai ruang-ruang kerjasama dapat diisi dengan sepenuhnya dalam pelbagai bidang dan kreativiti yang tinggi untuk diketengahkan,” tambahnya lagi.

Sekalung penghargaan diberikan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN) di atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan sesi ini berakhir dengan jayanya.

Semoga kunjungan mesra ini akan membawa kebaikan bersama JBPM NEGERI KEDAH dan JKN.

 




Kemaskini pada 2019-04-25 13:51:07 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page