Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-PROGRAM ROADSHOW BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN JBPM KEDAH

PROGRAM ROADSHOW 2019 BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUNGAI PETANI DAN ZON 2 SUNGAI PETANI BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH
__________

TARIKH : 24 APRIL 2019 / 18 SYAABAN 1440H
TEMPAT : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUNGAI PETANI
PESERTA : 70 ORANG
PENGURUS PROGRAM:
PUAN ZETTY AZIZA BINTI AHMAD (PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN), ENCIK ADNAN BIN ISHAK (KETUA CAWANGAN SUMBER MANUSIA)
_________

Bahagian Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah menganjurkan program Roadshow 2018 oleh Semua Ketua Cawangan pada hari ini. Seramai 70 orang pegawai bomba pelbagai pangkat (semua balai di bawah zon SP) telah menghadiri program ini di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani. Program Roadshow bersama pegawai bomba bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Untuk makluman, program ini merupakan program rasmi bagi Penolong Pengarah Pengurusan, Puan Zetty Aziza Binti Ahmad & semua ketua Cawangan dan pegawai bahagian turun padang berjumpa dan memberi taklimat dan khidmat nasihat kepada pegawai bomba yang berada jauh dari Ibu Pejabat JBPM Negeri Kedah.

Ketua Ketua Cawangan Sumber Manusia, Encik Adnan bin Ishak juga telah turut mengambil bahagian memberi taklimat semasa program ini. Program satu hari ini merangkumi dua sesi taklimat iaitu Sesi Bahagian Sumber Manusia dan Sesi Bahagian Tadbir Urus. Semasa sesi penerangan Bahagian Sumber Manusia, Encik Adnan bin Ishak telah berkongsi secara terperinci maklumat terkini mengenai Bahagian Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.

Sesi taklimat ini diakhiri dengan sesi soal jawab di mana Encik Adnan bin Ishak telah menjawab setiap persoalan yang telah diutarakan oleh pegawai bomba.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada road show tersebut ialah:

i- Mendapatkan maklumbalas berkaitan permasalahan pengurusan sumber manusia, aset, kewangan dan ICT
ii-Semakan Buku Rekod Perkhidmatan pegawai
iii-Semakan dan nasihat Pengurusan Aset dan ICT
iv-Mengadakan latihan (hands on) penggunaan Sistem HRMIS dan Sistem Pengurusan Aset (SPA)

 




Kemaskini pada 2019-04-25 13:48:45 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page