Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-LAWATAN SAMBIL BELAJAR TADIKA PASTI TIKAM BATU KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TIKAM BATU.. MURID DIDEDAH ASPEK KESELAMATAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TADIKA PASTI TIKAM BATU KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TIKAM BATU.. MURID DIDEDAH ASPEK KESELAMATAN
____________________

TARIKH : 20 APRIL 2019 / 14 SYAABAN 1440H (SABTU)
TEMPAT : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TIKAM BATU
TADIKA : PASTI TIKAM BATU

____________________

Seramai 40 murid Tadika Pasti Tikam Batu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu.

Lawatan yang turut disertai oleh guru pengiring itu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat amnya serta Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu khususnya selaku balai yang berhampiran dengan kawasan tadika terbabit.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sempena lawatan itu termasuk penerangan, teknik menyelamatkan diri ketika kebakaran, pameran jentera serta demonstrasi pemadaman kebakaran.

Sementara itu, jurucakap rombongan berkata, lawatan itu adalah salah satu aktiviti di luar kelas untuk kanak-kanak terbabit dalam menambah pengetahuan asas mereka.

Tambahnya, kanak-kanak turut diberikan pendedahan dan maklumat tentang perkakas dan peralatan yang digunakan oleh pihak bomba dalam menjalankan tugasan seharian.

“Program ini juga dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang peranan dan tanggungjawab pihak bomba,” katanya.

 

 




Kemaskini pada 2019-04-22 09:10:31 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page