Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-PENYIASATAN KEBAKARAN OLEH YS PKPjB SAYANI

PENYIASATAN KEBAKARAN OLEH YS PKPjB SAYANI
_________________________

TARIKH : 3 APRIL 2019 / 27 REJAB 1440H
HARI : RABU / 11:30 PAGI
TEMPAT : PENGKALAN NELAYAN SUNGAI TEPA, PULAU LANGKAWI

__________________________

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB), Sayani binti Haji Saidon melakukan lawatan ke lokasi kebakaran di Pengkalan Nelayan Sungai Tepa, Bukit Malut yang telah mengorbankan 3 nyawa.

Sesi pertama ialah taklimat kepada YS Pengarah berkenaan kronologi kebakaran yang disampaikan oleh PgKB I Md Gezani bin Md Ghazi dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi.

Turut hadir PgKB II Rahimi bin Haji Ali; Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran, PgB Tuan Zamani bin Ismail; Ketua Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah, PgB Mohd Fadzlullah bin Mohd Noor; Ketua Zon 4 Langkawi, PPgB Mohd. Shukri bin Ahmad Husaini; Ketua Balai Persiaran Putra dan pegawai-pegawai kanan jabatan.

Sesi seterusnya, YS Pengarah melakukan lawatan ke lokasi kebakaran diiringi pegawai-pegawai kanan jabatan.

 




Kemaskini pada 2019-04-07 09:42:12 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page