Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-PEMERIKSAAN PILI BOMBA SEMASA LIMA' 2019 OLEH PETUGAS JBPM KEDAH

PEMERIKSAAN PILI BOMBA SEMASA LIMA' 2019 OLEH PETUGAS JBPM KEDAH

__________

TARIKH : 28 MAC 2019 / 21 REJAB 1440H
HARI : KHAMIS
TEMPAT : PUSAT PAMERAN ANTARABANGSA MAHSURI (MIEC)
__________

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dengan jayanya.

Petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah mengambil langkah awal bagi memastikan segala aspek keselamatan kebakaran berada dalam keadaan yang sewajarnya. Salah satu 'senjata utama' JBPM adalah pili bomba.

Pili Bomba sangat penting kepada pasukan bomba dalam operasi memadam kebakaran.Tanpa bekalan air yang mencukupi, kerja-kerja pemadaman kebakaran akan gagal.Pada musim kemarau, perigi,kolam,parit dan kadangkala saluran paip air menjadi kering.Keadaan ini merumitkan operasi memadam kebakaran. Oleh yang demikian, pengurusan pili bomba amat penting dalam memastikan operasi pemadaman kebakaran .

Pemeriksaan Pili Bomba Di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) oleh petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah yang bertujuan bagi memastikan Pili Bomba dalam keadaan baik dan boleh digunakan semasa kecemasan.

 




Kemaskini pada 2019-04-01 10:21:36 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page