Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Putrajaya - 27 Mac 2019 : Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Dalam Perkhidmatan Rawatan Pra-Hospital dan Ambulan Kecemasan

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA DALAM PERKHIDMATAN RAWATAN PRA-HOSPITAL DAN AMBULAN KECEMASAN DI ANTARA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA DENGAN HOSPITAL PUTRAJAYA

27 Mac 2019 (Rabu)/10.30 Pagi - Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Dalam Perkhidmatan Rawatan Pra-Hospital dan Ambulan Kecemasan Di Antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya Dengan Hospital Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sutera, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. 
Nota Kerjasama ini telah ditandatangani oleh YS PgKB I Md Hilman bin Abd Rashid, Pengarah JBPM Putrajaya bagi mewakili JBPM Putrajaya. Manakala YBhg. Dr Param Jeeth Singh AL Pakar Singh, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya dengan disaksikan oleh YAS Dato’ Hj. Soiman bin Jahid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM wakil rasmi YAS Dato’ Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah JBPM bersama-sama YBhg. Datuk Dr. Rohaizat bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) mewakili YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Datuk Dr, Aminuddin bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Pelan persepakatan pintar yang dibuat antara kedua-dua agensi ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan ambulan secara optimum kepada orang ramai. Selain perkongsian latihan dan kemahiran secara berterusan antara kedua-dua agensi terutamanya kepada anggota EMRS JBPM Putrajaya dalam mengendalikan perawatan kecemasan. 
Tetamu jemputan lain adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kanan JBPM, JBPM Putrajaya termasuk anggota Emergency Medical and Rescue Services (EMRS), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya dan lain-lain seperti Ketua Polis Daerah Putrajaya dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk WP Putrajaya.

 




Kemaskini pada 2019-03-28 10:14:34 daripada Admin Putrajaya

  •  
  • Print
  • Email this page