Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-PAMERAN KEBOMBAAN DI LIMA' 2019 KINI DIBUKA

PAMERAN KEBOMBAAN DI LIMA' 2019 KINI DIBUKA
_________________________

TARIKH : 26 MAC 2019 / 19 REJAB 1440H 
HARI : SELASA / 7 PAGI
TEMPAT : PUSAT PAMERAN ANTARABANGSA MAHSURI (MIEC)
__________________________

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini pagi tadi, kira-kira 28 tahun sejak acara dwitahunan itu diperkenalkan.

Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut Datuk Mohammad bin Mantek sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT); YAS Dato' Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM; Pengarah-Pengarah Bahagian JBPM; dif-dif jemputan JBPM serta pegawai-pegawai kanan JBPM.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB), Sayani binti Haji Saidon bersama-sama Ketua Zon; Pegawai Kanan JBPM Kedah dan Anggota Balai.

LIMA' 2019 dibuka hari ini kepada delegasi dan pelawat perdagangan sehingga 28 Mac 2019 dan pelawat awam bermula 29 Mac 2019 di Dewan MIEC dan Resort World Langkawi, Kedah.

LIMA yang merupakan gagasan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad ketika pertama kali menerajui negara, menyaksikan penyertaan pegawai dan syarikat pertahanan, ketenteraan dan pengangkutan dari seluruh dunia.

Tahun ini, lebih 350 peserta tempatan dan antarabangsa dari lebih 30 negara mengambil bahagian dalam pameran itu yang berakhir Sabtu iniSELASA

 





Kemaskini pada 2019-03-26 16:40:24 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page