Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
bg-new-2.png
green-blue-wallpaper-9.jpg
Blue-Background-Images.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Kuala Lumpur - Perkhidmatan

Permohonan Perakuan Pelan Dan Pemeriksaan Bangunan Bagi Cadangan Pemajuan Berskala Kecil

 

PERMOHONAN PERAKUAN PELAN BANGUNAN DAN PELAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL

 

Semua permohonan perakuan pelan bangunan dan pelan mekanikal & elektrikal hendaklah dikemukakan melalui Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dimana projek itu dibina.   Para perunding boleh merujuk kepada Jadual Kategori Pemprosesan bagi mengemukakan permohonan kepada OSC yang berkaitan.

 

Para perunding hendaklah mengemukakan surat permohonan rasmi dan mematuhi Senarai Semak Keperluan Mengemukakan Pelan Teknikal (pelan bangunan dan pelan M&E) semasa mengemukakan pelan-pelan. Seterusnya, kedua-dua pelan akan diedarkan oleh OSC ke  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengikutJadual Kategori Pemprosesan.

 

JBPM akan memberi ulasan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan kepada PBT dan seterusnya mengeluarkan surat pelepasan.

 


PERMOHONAN PEMERIKSAAN BANGUNAN BAGI PENGELUARAN SURAT PELEPASAN JBPM SIJIL PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)

 

Permohonan pemeriksaan bangunan bagi pengeluaran Surat Pelepasan JBPM perlu dikemukakan melalui Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dimana projek itu dibina. Permohonan pemeriksaan perlu mematuhi dan melampirkan Borang Senarai Semak Permohonan Pemeriksaan Keselamatan Kebakaran bersama-sama dokumen-dokumen yang diperlukan.

 

Bayaran pemeriksaan perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan pemeriksaan.   Pembayaran boleh dibuat melalui kiriman wang atau bank draf atau cek perlu di atas nama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

 

Permohonan pemeriksaan tersebut akan dimajukan oleh OSC kepada JBPM mengikutJadual Kategori Pemprosesan bagi menentukan tarikh pemeriksaan. Pemeriksaan akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari selepas surat pelepasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pihak Berkuasa Air dikeluarkan. Surat Pelepasan JBPM akan dikeluarkan kepada pemohon pada hari yang sama pemeriksaan dijalankan. 

 

Nota: Pemeriksaan bagi bangunan kediaman yang tidak melebihi ketinggian 18 meter, adalah dikecualikan




Kemaskini pada 2017-06-14 16:04:54 daripada Vox Admin

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA LUMPUR JALAN MAHARAJALELA, 50648 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03 - 2148 4444  |  No. Faks : 03 - 2145 1625  | E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hari IniHari Ini3243
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3308642