Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
bg-new-2.png
green-blue-wallpaper-9.jpg
Blue-Background-Images.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak menerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun

8 Mac 2019 – Sijil Perkhidmatan 30 Tahun
 
YS PKPjB Khirudin bin Drahman @Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun daripada YAS Dato' Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2018.
Untuk rekod, YS PKPjB Khirudin bin Drahman@Hussaini memulakan kerjaya sebagai Ketua Balai Bomba Sibu pada tahun 1990 hingga 1996, Ketua Bomba Zon Sibu pada 1996 hingga 1999, Komandan Pusat Latihan Bomba pada 2000 hingga Ogos 2003, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan JBPM pada Ogos 2003 hingga Jun 2008, Pengarah JBPM Negeri Sabah pada Jun 2008 hingga Mei 2011, YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur pada Mei 2011 hingga Oktober 2018 dan YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak bermula Oktober 2018 hingga kini.
Selama 30 tahun bertugas, banyak kejayaan yang telah dikecapi dan yang masih menjadi buah mulut di kalangan pegawai dan anggota bomba di Sarawak ialah, kejayaan Balai Bomba Sibu menjadi Balai Cemerlang di Malaysia pada tahun 90an. Rata-rata, anggota Bomba yang pernah bertugas di bawah jagaan beliau begitu menyanjungi beliau kerana kebajikan dan ilmu yang sering ditaburkan oleh beliau kepada mereka tanpa penat dan jemu. Bagaimana kisah lama semasa bertugas dahulu diceritakan dengan penuh kenangan indah.
Beliau juga dianugerahkan 4 kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan turut dianugerahkan Pingat Cemerlang Bomba, Pingat Jasa Bomba, Pingat Ketua Pengarah, Pingat Perkhimatan Bakti (Sarawak), Kesatria Mangku Negara (K.M.N), Anugerah Khas Bomba Sempena Maulidur Rasul Tahun 2016 serta Sijil Khas Safety First.
Dalam ketegasan, ada gurau tawa dan wajah tak lekang dari senyuman membuatkan ramai pegawai bomba dan anggota yang senang dengan perwatakan beliau.
Tahniah YS tuan. Semoga sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Salam sayang dari seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak.
NARASI BUCU MEJA
 



Kemaskini pada 2019-03-13 10:22:08 daripada Admin Sarawak

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK, JALAN SETIA RAJA, TABUAN JAYA, 93350 KUCHING, SARAWAK
No. Tel : 082 - 365 994  |  No. Faks : 082 - 369 646  | E-mel : korporat-swk.bomba@1govuc.gov.my

Hari IniHari Ini2911
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3565001