Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
bg-new-2.png
green-blue-wallpaper-9.jpg
Blue-Background-Images.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Loceng Keramat – BBP Petra Jaya

Loceng Keramat – BBP Petra Jaya
 
Kuching, 5 Mac 2019
Tepat jam 1 pagi, hujan membasahi bumi Darul Hana. Kebanyakan umat sedang dibuai mimpi, istirehat selepas seharian menjalankan rutin, mencari sesuap rezeki halal buat sang permaisuri dan zuriat.
Loceng keramat di balai dibunyikan, memecah sunyi pagi yang masih mentah. Laungan dari corong alat pembesar suara. Kecelakaan apakah yang berlaku di waktu ini? Siapakah yang jadi mangsa akan kecemasan di waktu waktu begini.
Rupanya, panggilan baris, rutin dari pegawai kepada pasukan bertugas. Memastikan, slogan siap sedia setiap masa sentiasa di hati hati ini.
60 saat selepas menerima panggilan, tayar jentera bergolek keluar balai. Ini janji, ikrar dan sumpah kami. Demi, agama, bangsa dan negara.
Doa kami, agar tiada masyarakat yang akan menangisi pemergian insan disayangi, tiada nyawa yang diragut dan tiada harta benda yang menjadi mangsa kepada tragedi yang tidak diingini.
* Rutin panggilan baris / test call, dijalankan secara mengejut oleh pegawai kanan ke atas semua balai, tanpa mengira waktu dan lokasi. Ini adalah bagi memastikan anggota bomba yang bertugas berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi apa apa panggilan kebakaran atau kecemasan.
* Setiap kekeluaran jentera pertama, hanya mengambil masa kurang atau 60 saat selepas menerima panggilan untuk keluar dari Balai Bomba bagi menghadiri kes kebakaran atau kecemasan.
* Setiap pasukan di Balai Bomba terbahagi kepada 3 shif, yang mana bertugas dari jam 8 pagi hingga 8 malam dan 8 malam hingga 8 pagi keesokan harinya. Semua Balai Bomba adalah dalam keadaan siap sedia 24 jam setiap hari. Ini juga termasuk dengan Pusat Gerakan Negeri yang menjadi pusat kepada panggilan dan pemantauan apa jua operasi kebombaan dan penyelamat.
# Kelihatan dalam gambar, seorang pegawai sedang memeriksa panggilan baris Pasukan Alfa, Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.
NARASI BUCU MEJA
 



Kemaskini pada 2019-03-13 09:39:09 daripada Admin Sarawak

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK, JALAN SETIA RAJA, TABUAN JAYA, 93350 KUCHING, SARAWAK
No. Tel : 082 - 365 994  |  No. Faks : 082 - 369 646  | E-mel : korporat-swk.bomba@1govuc.gov.my

Hari IniHari Ini2801
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3564891